Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 12 September 2015

Hampir 10 jam drive ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, plan ke KL pada 12 September 2015 jadi.. Sebelum tibanya hari ni, memang ada beberapa cubaan dan dugaan.. Mungkin sebab ingin meraikan tamatnya belajar program master ni, Allah berikan jalan.. Bermula lewat sikit pada pukul 8.00 pagi tadi, singgah pejabat sekejap untuk ambil barang tertinggal, terus drive ke KL melalui Gua Musang.. 

Dengan singgah makan sebelum tengahari di R&R Gua Musang dan Solat Jamak dan Qasar di masjid di Bentong, berhenti pula isi minyak di R&R Genting Sempah, selamat sampai KL lebih kurang dalam 5.30 pm.. Penat memang penat, tapi bila bersama family ni, hilang penat.. 

Kenapa pilih Hotel Seri Pacific? Sebabnya tak nak sesak mencari parking untuk konvo pagi esok.. Jalan kaki je.. Tambahan pula ada anak kecil macam Adam.. Apa perancangan malam ni? Hmmmmm...

8 comments:

  1. Jauh berjalan luas panda..hebat ngan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Haah kak Kathy.. Dah selesai.. Alhamdulillah..

      Delete
  3. salam singgah petang eraz...memang dugaan ni eraz...semoga di permudahkan segalanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. Alhamdulillah semua ok..

      Delete
  4. Replies
    1. Pengalaman yang tak dapat di jual beli..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.