Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 11 September 2015

Adam, Suntikan 3 Bulan

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Sepatutnya Ahad lepas, tapi kami berjaya sempurnakan suntikan 3 bulan untuk Adam semalam.. Mulanya kami plan nak pergi klinik swasta yang biasa kami pergi tapi malangnya masa call nak confirmkan ada stok ubat ke tak, rupanya habis stok.. Dah order tapi belum sampai.. Jadi demi kesihatan Adam. so terus buat appointment dengan Klinik Kesihatan yang terdekat.. Alhamdulillah, nama boleh dimasukkan walaupun bukan dalam hari kawasan kami.. Selesai..

Selalunya kami dapatkan suntikan untuk Adam masa wife cuti atau Eraz yang cuti, tapi kali ni tak sempat nak cari masa tu sebab terpaksa kerja.. So terpaksa juga hantar Adam ke nursery dan bekalkan ubat kalau badan panas.. Pesan pada pengasuh awal-awal tapi alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik kepada anak teruna kami dan sihat walafiat tanpa ada effect pada suntikan yang dia dapat.. Adam sama macam Zara, bila dapat suntikan, memang tak demam.. Harap kekal sampai ke akhir dos suntikan la..

Untuk suntikan 3 bulan, ia merangkumi DTaP/DT (dos 2), Hib (dos 2) dan IPV (dos 2).. Kalau 2 bulan dulu, suntikan yang sama dan dikira dos 1.. Komen dari nurse yang tengokkan Adam tu pun positif.. Boleh menegakkan kepala.. Mata boleh mengikut benda yang bergerak.. Belakang pun ok dan yang penting, komen paling win, kaki berketul.. Hehe.. Sib baik tak kata lengan berketul sebab memang berketul.. Abg sado katakan.. 


Dalam pada dapat suntikan untuk anak teruna, sebenarnya Mama Papa dia yang tak berapa nak ok.. Tapi yang Papa tengah gagahkan diri.. Mamanya pun sama, tapi petang semalam hampir rebah.. Kenapa? Nanti Eraz cerita untuk next entry.. 

12 comments:

  1. tangan diaa comelll ^_^

    *jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Semoga membesar jadi anak soleh je Adam :) semoga sihattt je selalu :)

    ReplyDelete
  3. kesian adam..semoga cepat sembuh dah bagi insuline kan

    ReplyDelete
  4. datang balik ke laman ni..dahulu Etuza hilang mood berblog..template jg rosak..buat balik ..harap masih ingat ...)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.