Friday 25 September 2015

"Adakah Aku Wanita Sempurna?"


Assalamualaikum w.b.t.. Ini perkara yang biasa dialami oleh seorang isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki oleh Allah untuk mendapatkan zuriat.. Pelbagai persoalan dalam kepala ada, pelbagai perasaan muncul dan macam-macam lain.. Hanya yang mengalami sahaja yang boleh rasa.. Selain isteri, si suami juga akan ada perasaan nya tersendiri.. 

Sabarlah wahai suami dan isteri yang sedang berusaha.. Jika ada kawan-kawan anda yang baru berkahwin itu sudah hamil, anggaplah itu sebagai rezeki mereka dan rezeki kita akan muncul.. Mungkin ada sebab kenapa masih belum menjadi ibu dan bapa.. Nak ajak korang baca satu kisah tentang seorang wanita yang menanti saat pregnancy test beliau positif.. Mungkin boleh membuatkan hati kita lebih tenang dan mungkin boleh lebih memahami perasaan mereka yang terlibat.. 

Jangan ingat wajah seseorang itu ok semasa menjawab soalan belum ada rezeki, bermakna dia tiada kisah.. Tetapi sebagai cara untuk mereka lebih positif.. Jadi mungkin boleh cuma berada di tempat mereka untuk lebih memahami.. Eraz dan isteri salah seorang yang berlibat.. Kami bukan satu pasangan yang berkahwin, terus dikurniakan rezeki.. Sempat merasai perasaan keguguran sebelum dikurniakan Zara di dunia.. So! Sama-sama kita selami perasaan mereka dengan lebih dalam.. Wassalam..

:: ADAKAH AKU WANITA SEMPURNA?  ::

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri.. 

Ketika saat terlafaznya "Aku Terima Nikah.." daripada mulut suami, bermula detik itu seorang isteri hanya menunggu tibanya masa untuk membuka kotak ini.. Saban bulan, saban tahun, akhirnya sentiasa dibuang ke tong sampah dengan hati kecewa.. Sehari lewat, hati mula berdebar.. Seminggu lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan.. 
Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian... 

Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami.. Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa.. 

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya... "Macam mana?" 
Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya.. 

"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..." 

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih..  Ketika itu, hati pasti merintih.. 

"Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"

Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...
Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...

Abang... Berjanjilah dengan sayang... 
Abang tak akan sia-siakan sayang... 
Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahayamata buat abang... 
Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita... 
Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta... 
Sayang hanyalah ibarat kain buruk di kaki abang.. 
Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang... 
Usahlah dibuang kain buruk ini.. 
Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..
Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...
Jangan sampai abang berubah hati...
Jangan sampai abang bertukar cinta..
Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini... 
Kasih abang sayang junjung.. 
Cinta abang sayang julang.. 
Setia abang sayang sanjung..
Sampai ke akhir hayat...

~ATOK~
16 Sept 2015
Kuala Lumpur

P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat

10 comments:

  1. tapi Sally tak suka bila org menyalahkan takdir bila dia tak dapat zuriat dan mencaci org yg dapat rezeki dulu sebelum dia...pengalaman depan mata -_-

    ReplyDelete
  2. kita memang faham semua ketentuan tapi masih tak faham kenapa masih ramai yang mempersoalkan....letih woo nak jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mempersoalkan tu memang tak boleh elak.. Manusia..

      Delete
  3. semua ni akan berlaku and tetap berlaku..kita kena terima takdir, boleh bertanya tapi jangan persoalkannya. yakin dgn Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah semua yang berlaku, ada hikmahnya..

      Delete
  4. Berlaku pd diri ana sendiri. Org sekeliling, family..semua tanye. Ana just jwb "xde rezki lg". Siap ade yg fitnah lg ckp ana tak nak ana. Tapi tu la, nak kata ana menanti tu tidaklah. Sbb ana sendiri pun tak ready.. Lepas 3 tahun bergelar isteri, baru tahun ni ana prgnent. Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.