Sunday 16 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Syanie Selebriti Ke 15 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 : Syanie menjadi selebriti ke 15 tersingkir selepas dua episod back to back disiarkan malam ini.. Dalam senarai Top 5 sekarang, Syanie, Kenchana Devi dan Syura telah disenaraikan untuk pusingan penyingkiran.. Manakala Che Ta a.k.a Rozita Che Wan dan Celina automatik tersenarai untuk Top 4..

Semasa pusingan penyingkiran, ketam telah dijadikan HERO nya.. Dalam ketiga-tiga masakan di pusingan penyingkiran, semua boleh dikatakan OK oleh chef.. Tetapi seorang yamg tersingkir iaitu Syanie adalah kerana tidak mengikut peraturan.. Dengan kata lain, tersingkir akibat kesilapan teknikal.. Peraturannya ialah menggunakan ketiga-tiga ketam tetapi Syanie hanya menggunakan 2 ekor sahaja.. Itu yang membuatkan Syanie menjadi selebriti ke 15 yang tersingkir di dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ini..

Kini hanya tinggal Celina, Rozita Che Wan, Syura dan Kenchana Devi..

11 comments:

  1. juaranya adalah syura sebab yg bertudung pasti akan menang...tngk masterchef2 yg lalu...allah pasti akan tolong org yg ikut perintahnya....tngk lau x caye..

    ReplyDelete
  2. Ezzatie suka tengok Che Ta dengan Celina masak. Kemas jer, tertib. Tak tengok pun masa Syanie keluar. Sedihnya asrama ni tak ada tv =(
    *click ads*

    ReplyDelete
  3. Waa...muhibbah... 1 Malaysia katanya.. Melayu, Cina dan India. Kalau final swap resepi tradisional kaum masing2 mesti best kan.. huhu..

    ReplyDelete
  4. dah keluar wakil negeri kelantan..huhu

    ReplyDelete
  5. wakil Melaka Celina....hehe..

    ReplyDelete
  6. tak sangka syanie tersingkir . huhu . :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.