Sunday 2 June 2013

Kenapa Keputusan Pertukaran Guru Sesi Jun 2013 Lewat ?

Assalamualaikum w.b.t.. Itulah persoalan yang bermain untuk guru-guru yang memohon pertukaran.. Melalui entri INI, ramai yang meluahkan rasa tak puas hati tentang Keputusan Pertukaran Guru (e-GTukar) Jun 2013 yang masih belum dikeluarkan lagi.. Apa yang Eraz dapat tahun melalui blog Mohd Adha, kerana berlaku kelewatan keputusan dari jadual asal disebabkan perubahan struktur pentadbiran Kementerian Pelajaran yang kini bertukar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia..

Setakat ini KPM belum adakan Mesyuarat Pertukaran Guru Secara Berpusat lagi.. Jadi, tiada tarikh rasmi keputusan pertukaran guru selagi belum diadakan mesyuarat.. Kemungkinan tarikh lapor diri juga akan lewat dari jadual asal.. Tunggu pengumuman selanjutnya dari semasa ke semasa..

Diharapkan semua yang menanti keputusan bersabar.. Semua bergantung kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.. Juga didoakan semoga permohonan anda semua positif! ;D

SUMBER

11 comments:

  1. kalau pertukaran guru ini amat diperlukan untuk pasangan yang berjauhan........

    ReplyDelete
  2. sabar jelah..
    yang xposting pun boleh bersabar kan..

    ReplyDelete
  3. ohh..begitu rupanya..sebenarnya inilah yang sepatutnya diberitahu agar semua yang memohon pertukaran tidak bimbang lagi...dan barulah semua guru tidak ternanti-nanti..terima kasih kerana penjelasan tersebut...

    ReplyDelete
  4. ooo.. diharap semua guru2 yang terlibat agar dapat bersabar ya..

    ReplyDelete
  5. Yg dah dpt tukar tu apa cerita?

    ReplyDelete
  6. Yang dah dapat tukar tu apa cerita?

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.