DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 2 February 2017

Ceriakan Hari Anak-Anak Sebelum Ke 'School' Semasa Cuti CNY

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah baru ni dapat cuti bersama-sama isteri dan anak-anak selama 4 hari.. Alhamdulillah.. Semua ni sempena Chinese New Year dan tidak bekerja hujung minggu.. Kalau minggu-minggu biasa, memang tak dapat la bercuti bersama sebab Eraz memang kerja hujung minggu manakala isteri pula cuti hujung minggu.. So untuk hujung minggu lepas, memang penuh dengan rancangan la.. Anak-anak pun tak pergi 'school' kan..

Sejak kahwin, setiap kali lalu kat Pasar Pagi Jumaat Kedai Lalat, wife selalu kata, masa sebelum kahwin dulu, dia selalu pergi ke sana terutama dengan family.. Tapi lepas kahwin, disebabkan si suaminya bekerja hujung minggu, memang tak pernah jejak kaki dah.. Haha.. Memandangkan anak-anak pun dah besar, kami decide ke sane pagi Jumaat sebelum singgah ke rumah mertua.. Tengahari nak pergi solat Jumaat pulak..

Tapi apa yang Eraz fikir memang terjadi sebab dah tahu kan macamana anak kita.. Terutama Adam Fitri.. Dengan keadaan penuh dengan manusia, ada kala terpaksa masuk ke pasar basah, Adam Fitri tak nak di dukung.. Aiyyooooo.. Kalau lepas dia, memang penat la nak kejar dalam orang ramai.. Kalau kat Mall, ok la lagi.. So tak lama kami kat sane, terus keluar.. Sempat la beli 2,3 barang.. Haha.. Takpe la, janji dapat bawa anak-anak keluar.. Itu lagi penting walaupun tak dapat beli barang keperluan..

Sabtu penuhi plan wife yang mana banyak kenduri kendara kena hadir.. Dan juga kami terus ke KB Mall.. Saje nak cuci mata dan bawa anak-anak jalan.. Masa on the way balik, dua-dua anak tidur sampai la ke pagi esoknya sebab memang kami sampai tu dah nak Maghrib.. Kena solat Maghrib di sana.. 

Ahad pula balik rumah Ma Abah Eraz di Machang.. Juga stay sampai malam sebab jalan jammed dan banyak penyinggahan.. Sakit perut tetiba.. Anak-anak pun ada yang kena salin pampers..


Isnin.. Hari terakhir cuti bersama.. So kami awal-awal plan ke Taman Tengku Anis sebab nak bagi anak happy-happy.. Breakfast pun di sana.. Tapi serius memang penat jaga anak bermain di tempat yang ramai.. Mata ni tak boleh terlepas pandang sikit pun.. Kalau terlepas pandang, jantung terus berdegup kencang..! Risau dengan situasi sekarang.. Apa-apa pun, penat kami takpe, janji anak selamat dan happy.. Lepas main, otw balik macam biasa, dua2 tertidur.. 

#Alhamdulillah.. Aktiviti cuti terisi walaupun kami tak keluar bercuti jauh..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.