Friday 10 February 2017

Zara Faleesya Dan Kainnya !


Assalamualaikum w.b.t.. Bermula masa Zara bayi lagi.. Masa bayi kan, kain lampin mesti ada selalu kat tepi sebab risau kalau tiba-tiba muntah ke, nak sapu kat muka ke.. So rasanya bermula dari bayi, Zara memang suka pegang kain lampin.. Ingat kan itu perkara biasa dan lama-lama tak la kan.. Tapi rupa-rupanya..

Selepas kain lampin, ia bertukar ke kain selimut lembut dia.. Kita selimutkan dia, dia tarik pegang.. Sama macam hisap jari.. Kalau sekarang, takde kain, tak boleh hisap jari.. Kain tu dah jadi macam bantal busuk dia dah.. Nak ke mana-mana pun, ke nursery ke, tadika ke, mesti kena ada kain tu.. 

Tak sangka juga bermula dengan pegang kain lampin, terus berlaku sampai sekarang tetapi tukar ke kain lain.. Nasib baik kalau kita basah kain tu, takpe.. Takde la macam sesetengah budak tu, kalau nak kain tu, kain tu la.. Kalau basuh marah.. Tapi Zara tak.. Dia tak kisah, janji kain corak tu.. Kalau beli baru pun takpe, janji kain jenis sama, corak yang sama..

Sekali tengok memang cute, tapi bayangkan kalau tak de kain tu, memang gelisah la.. Kesian pula tengok.. Lastest terjadi pagi ni, masa hantar wife dan anak-anak ke rumah Tok Ma dia, tertinggal pula kain dalam kereta.. Kita dah sampai office, tiba-tiba wife call tanya sal kain.. Haha..

So terpaksa la demi anak, Papanya drive hantar kain tu.. Kalau tak, memang bad mood la dia.. Kesian la kan.. Tertinggal sebabnya sampai je rumah Tok Ma tadi, terus dia naik basikal dengan gembiranya.. Sampai lupa.. Tapi selepas dah habis main, mencari lah! Hehe..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.