Friday 3 February 2017

Cabaran Bawa Anak Kecil Keluar Makan


Assalamualaikum w.b.t.. Kisah kali ni pun mesti semua para ibu bapa alami.. Eraz dah lalui masa Zara Faleesya kecil dulu.. Tapi sekarang alhamdulillah Zara dah besar dan pandai dah kawal diri masa makan kat luar.. Kalau dulu, memang dia la kena jaga.. Dulu takpe sebab dia seorang saje kan.. Tapi sekarang, walaupun Zara dah ok, berganti dengan Adam Fitri..

Kalau keluar makan, memang kami kena sabar.. Ada ketika mood Adam ok je, dia akan duduk dalam baby chair dan makan dengan jayanya sampai habis.. Kalau berkeadaan macam tu, memang kami semua akan makan dengan tenang la..

Situasa kedua, Adam mahu duduk dalam baby chair dan makan tetapi masa di makan, alahai, mahu berterabur semua makanan ke bawah.. Masuk mulut setengah, jatuh ke lantai setengah.. Masa keadaan tu, memang kami pasrah la dan mengharapkan tuan punya tempat makan tu bersabar untuk bersihkan semula.. Hehe.. 

Situasi ketiga, ada ketika dia bad mood, penat ke, nak tidur ke, atau masalah lain, Adam tak mau duduk dalam baby chair.. Masa ni memang kami bergilir la makan.. Pengorbanan tu.. Tapi biasa la, perkara ni dalam tempoh usia ni sahaja.. Bila Adam dah besar macam Zara, ok la.. Semua akan kembali tenang.. Insyaallah.. Ia akan berlarutan sehinggalah Adam dapat adik.. Hehe..

Macam biasa, untuk anak-anak memang kami akan minta pinggan plastik awal-awal.. Mana la tahu kot-kot pinggan or gelas terjatuh kan.. Pecah! Mahu malu campur rasa kena ganti.. Haha.. So baik beringat kan.. 

Apa-apa pun, macam tu la pengalaman nak besarkan anak-anak.. Anak kita mungkin macam ni, anak orang lain, perangai lain pula.. Tapi pada kami, semua tu dah syukur sebab perangai tu ok la tu lagi.. Terkawal lagi.. Orang lain lagi teruk kot kena bersabar..

Pernah satu ketika kami berikan Galaxy Tab kami untuk 'umpan' Adam makan.. Sampai penuh nasi di atas Tab depan dan belakang.. Haha.. Sib baik bila lap lap, terus kembali ke rupa asal.. Hehe..

Korang macamana?

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.