Wednesday 22 February 2017

Demam 'Innocent Defendant'

Assalamualaikum w.b.t.. Masa belajar di USM dulu, akulah orang yang paling giler tengok drama korea.. Bermula dengan Winter Sonara, Autumn In My Heart dan seterusnya.. Boleh kata, banyak giler VCD dan DVD jadi koleksi.. Habis belajar pun masih lagi ada 'demam' tu tapi lepas dapat kerja sekarang pada tahun 2007, sikit demi sikit hilang rasa nak follow drama-drama korea.. Tapi baru-baru ni rasa tu muncul semua.. Giler ayat.. Haha..

Dalam pada ramai orang duk giler tengok The Legend of the Blue Sea, kita tengok Romantic Doctor, Teacher Kim.. Memang tak tengok langsung The Legend of the Blue Sea kecuali episod akhir sebab wife tengok.. Bermula dari drama Romantic Doctor, Teacher Kim sehinggalah drama tu tamat, digantikan pula dengan Innocent Defendant.. Ingat kan nak try tengok episod 1 je.. Tapi rupa-rupanya melekat sampailah sekarang..

Demam 'Innocent Defendant'

Kenapa follow drama Demam 'Innocent Defendant'? Sebabnya bagi Eraz, drama korea ni memang lain dari yang lain.. Masa duk tengok, selalu juga fikir, kenapa la drama Melayu kita tak de yang macam ni.. Kan best.. Drama macam Romantic Doctor, Teacher Kim pun takde.. Sorry to say, drama Melayu ni walaupun ada ciri-ciri menjurus kepada genre macam drama korea tu, tapi mereka lebih fokus kepada percintaan.. Harap-harap lepas ni akan muncul drama bagus macam ni.. 

Hari ni dah Episod 10 untuk Innocent Defendant ni.. Setiap episod memang menjanjikan sesuatu yang lain dan terkeluar dari apa yang kita fikir.. Memang bijak cara susunan jalan ceritanya.. Kalau siapa yang tak pernah tengok, ini sikit sinopsis.. Park Jung-woo adalah seorang pendakwaraya di Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah.. Satu hari, dia bangun dan mendapati dirinya seorang banduan yang akan dijatuhi hukuman mati.. Mengalami amnesia sementara, Jung-woo tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya sehingga berada ke dalam penjara.. Dia berjuang untuk mendapatkan kembali ingatan dan membersihkan namanya..


Kalau korang nak mula tengok, sempat lagi ni.. Setiap hari Selasa dan Rabu.. Pukul 8.15 malam di saluran Astro 393.. Tinggal lagi 7 episod kalau tak silap.. 

10 comments:

  1. Yg dolu2 tu sama ngan lea... hehehe.. skrg dah tak ikut.. hiks.. :)

    ReplyDelete
  2. hehe..ciktie layan juga tapi biasanya akan ada yang terr mis

    ReplyDelete
  3. Sally dah download semua tpi belum start tgk...ni Hwarang dah hbs boleh la tgk kot :D

    ReplyDelete
  4. Saya selalu jak ketinggalan sebab tak jumpa port yang sesuai untuk tonton online. Website yang saya biasa tengok tak up to date langsung.

    Latest, http://lynk.my/55oX

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eraz pun tak layan online juga.. Tengok yang rekod kat tv je kalau terlepas live..

      Delete
  5. best ker citer ni.. baru je abis tgk legend of the blue sea dgn goblin..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.