Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 29 January 2017

Filem Pendek Terbaik dari TNB Sempena Chinese New Year 2017

Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 29 Januari 2017, majoriti kita semua masih bercuti sempena sambutan Chinese New Year tahun 2017 kan.. Entri khas untuk CNY so Eraz nak ucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua pembaca yang meraikannya.. Harapnya tahun ni menjadi tahun yang paling best dalam hidup korang ok..

By the way, korang dah tengok belum Filem Pendek dari TNB Sempena Chinese New Year 2017? Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2107.. Serius wei.. Memang meletop!! Scene yang menarik.. Dah macam filem kungfu.. Memang gred A+ la.. Mulanya mungkin tak terfikir apa message yang tersiratkan.. Tapi kalau korang tengok sampai habis, mesti korang akan mendapat message yang sangat mendalam tu.. Jom tengok.. Eraz share video tu di bawah :


Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2107


Haaaa.. So apa pendapat korang? Menarik kan.. Faham kan apa yang tersirat? Pertama sekali ialah tentang Tahun Baru Cina itu sendiri.. Ianya merupakan masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan dan merapatkan semula ikatan.. Sedia maklum, setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, akan adanya makan besar kan.. So, ahli keluarga yang hadir untuk makan besar adalah jauh lebih penting daripada apa yang terhidang di meja..

Dalam filem berkenaan, seorang ibu mertua telah mengarahkan semua menantunya memasak sempena makan besar mereka.. Tengok apa menantunya dah buat? Mereka tak de kerjasama langsung.. Ada yang nak tunjuk hebat siap berkungfu bagai.. Ada yang diam-diam tak tahu masak.. Kalau mereka bekerjasama sama, rasanya hasil macamana? 

Bila namanya makan besar, semestinya ramai ahli keluarga yang akan berkumpul.. Jadi sikap masing­-masing mungkin menjadi punca pertelagahan di musim perayaan, apatah lagi dalam keluarga yang ramai.. Sepatutnya perbezaan diraikan, bukan diketepikan.. Fuh! Message menarik kan?

Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga
kita.. Bak kata pepatah Melayu juga, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Mesti biasa dengar kan.. Sebab tu la bila masakan dari menantunya satu persatu tak best tetapi bila si bapa mertua combine kan semua, jadi meletop! Bersatu sangat penting terutama keluarga.. Kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain.. Insyaallah akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin..

Ok! Korang dah tengok filem pendek menarik dari TNB tu kan tadi.. So sekarang Eraz nak ajak korang main satu game “Mystery Dish” ni pulak..

Ikuti langkah dibawah untuk ‘Mystery Dish'


2) Klik Unveil Mystery Dishes


3) Klik Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table


4) Lepas tu korang pilih antara jawapan A,B,C atau D.. Tunggu keputusannya.. Jeng jeng jeng..


Apa korang dapat? Meh nak share apa yang Eraz dapat bila klik Unveil Your Dish.. 


Imitation Crab

"You notice the best in people and learn from them, making their strengths yours also.."

"Anda perasan yang terbaik pada orang dan belajar daripada mereka, menjadikan kekuatan mereka milik anda juga.." Wow!!

21 comments:

  1. Replies
    1. Masa duk blogwalking ke blog kawan2, memang result boleh katakan lain2 kan..

      Delete
  2. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul... Memang msg berguna dapat..

      Delete
  3. Best iklan dia..memang terbaik lah TNB

    ReplyDelete
  4. wahh immitation crab... blogwalking semua punya mystery dish berbeza laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal.. Boleh kata semua berbeza kan..

      Delete
  5. seronok pula main-main mystery dish ni..

    ReplyDelete
  6. best pulak main table of harmony..jd nak main sokmo..hihi

    ReplyDelete
  7. terbaik pak mertua dia..handle segala masalah..hehee

    ReplyDelete
  8. macam kena je mystery dish tu dgn eraz.. and last your become among the best also!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.