Tuesday 21 February 2017

Realiti Jadi Driver & Penumpang

Assalamualaikum w.b.t..

GAMBARAN AWAL

Biasanya memang sejak ada kereta sendiri, lepas tu berkahwin, lepas tu jadi Papa memang akan drive kereta sendiri ke mana sahaja diri sendiri nak pergi, ataupun keluarga nak pergi.. Ini kes untuk perjalanan jarak jauh terutamanya.. So bila dah drive sendiri, memang keseronokan tu ada.. Lagi jauh perjalanan, lagi la best rasanya.. Sebab tu la masa belum kahwin dulu, drive untuk ke tempat kerja dalam 40 km dan balik 40 km tu perkara biasa.. Tapi..

Terfikir juga dalam kepala.. Kalau la aku jadi co-pilot atau penumpang je, mesti la lagi best kan.. Kalau perjalanan jauh, boleh la snap gambar, update FB, update IG atau update blog kan.. Tapi sebab jadi driver, semua tu memang tak boleh la.. Check message penting pun masa tengah break sekejap atau masa traffic light merah kan.. Jadi dalam kepala, alangkah seronoknya kalau jadi penumpang kalau travel jauh.. Hehe..

GAMBARAN SEBENAR


Baru ni ke Kuala Terengganu sebab ada urusan penting family.. Kereta sendiri pula masuk bengkel.. So terpaksa menumpang adik.. So rasanya dah lama tak jadi penumpang kot.. Baru ni tercapai.. Haha.. Tapi gambaran awal memang meleset sama sekali.. Mula-mula masuk kereta, Adam Fitri dah awal-awal cop nak duduk dengan Papa.. Hehe.. Kalau jadi driver, memang tak perlu pegang anak kan.. Hehe.. Fokus drive.. So memang jadi baby sitter la.. Wife dengan Zara.. Kami di belakang.. Ok, memang tak boleh main hp ni.. Layan Adam..

Lepas tu, ada ketika cuba buka handphone.. Konon nak check FB, IG, Whatsapp dan plan nak update blog.. Sekali tak sampai 5 minit, dah pening dan sakit kepala.. Haha.. Peristiwa zaman belajar dulu kembali.. Naik bas mesti pening.. Dari KB ke Masjid Tanah dan sebaliknya, juga dari KB ke Penang, Penang KB, memang tidur je sepanjang masa.. Mabuk! Haha.. Itulah realiti sebenarnya.. Sangkaan gambar awal di atas meleset!

So lepas ni, nak volunteer la jadi driver.. Tak mau dah pening-pening.. Nak tidur kat belakang, tak sanggup sebab dah biasa jadi driver, so bila nak tidur tu, kesian pula pada driver tu kan.. Korang macamana?

4 comments:

  1. Kalau duduk belakang main hp memang pening sikit, cuba duduk depan.... sebab layan budak tu yang buat lagi pening....

    ReplyDelete
  2. hehe..nasib baik la sekarang ni ciktie dah tak pening dah tengok hp dalam perjalanan jauh tapi kalau membaca novel tu sah2 tak boleh :) :) tapi sebenarnya jadi penumpang ni best

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.