Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 1 July 2015

Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir

Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya drama Dia Isteri Luar Biasa dah sampai ke Episod Akhir semalam.. Eraz salah seorang yang menonton tapi bukan tegar sebab ada episod yang terlepas.. Kalau tegar, memang tak kan terlepas la kan.. Tapi Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir semalam memang Eraz tengok walaupun rasanya tengah-tengah tak tengok jugak.. So apa pendapat peminat drama Dia Isteri Luar Biasa ni? Ok? 

Pendapat Eraz, jalan cerita memang OK.. Siapa yang membaca novel sebelum ni memang dah boleh agak la macamana pengakhiran drama.. Gabungan lakonan hero heroin pada mulanya memang tak sepadan sebab sorry to say yang heroin mungkin nampak lebih berumur dari si hero.. Tapi Pengarah bijak sebab cuba ubah penampilan raut wajah si hero agar nampak lebih berusia juga.. 

Dalam ramai-ramai pelakon, Keith Foo memang salah seorang yang menjadi untuk membawa watak.. Sama juga dengan Siti Elizad.. Kita boleh menyampah tengok dia.. So berjayalah dia lari dari watak lakonan dalam drama Teman Lelaki Upahan dulu.. Fathia Latiff & Shukri Yahaya pun memang tak de masalah.. Ada la chemistry tu.. Cuma yang tak selesa sikit ialah ..

Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir
Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir

Cuma yang tak selesa sikit ialah adegan suami isteri antara Raden Amzar dan Dewi Yusra tu.. Kalau untuk tontonan umum bersama anak-anak yang boleh faham dan mudah terikut, memang mungkin bolah menjadi masalah sikit kot.. Mungkin adegan-adegan macam tu tak sesuai untuk drama bakal hits.. Tengok saje lakonan Izzue Islam dengan heroin macam dengan Anzalna Nasir (Aku Isterinya), Ayda Jebat (Suami Sebelah Rumah) mana ada adegan-adegan yang over kan.. Tapi berjaya juga tarik penonton..

Ini cumalah pendapat peribadi je.. Pendapat orang ni berbeza kan.. Pendapat penerbit or pengarah pun akan jadi berbeza.. Niat orang pun lain-lain.. Hasil yang diharapkan pun semestinya akan lain-lain punya.. So bergantung sajelah pada kepada individu itu.. Tengok drama gantian Dia Isteri Luar Biasa ni pula hari ni camne? Ramai bertudung nampaknya.. Hehe.. 

#Review untuk Dia Isteri Luar Biasa Episod Akhir

2 comments:

  1. Tertanya tanya apa kesudahan k.long, shariman dgn fatihah

    ReplyDelete
  2. Terlepas episod terakhir... Tapi, SR setuju dengan Eraz...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.