Wednesday 8 July 2015

Bentan | Sakit Selepas Berpantang atau Penghujung Pantang

Bentan | Assalamualaikum w.b.t.. Secara jujurnya, inilah kali pertama Eraz dapat tahu akan istilah bentan ni.. Mungkin kaum-kaum ibu dah biasa dengar kot.. Kaum bapa mungkin segelintir je yang tahu.. Dapat tahu pasal bentan di dari kawan kepada wife.. Terus google dapatkan info demi kesihatan wife yang baru habis pantang.. 

Bentan | Sakit Selepas Berpantang atau Penghujung Pantang

Masalah bentan iaitu dengan kata lebih senang faham ialah sakit selepas berpantang atau di penghujung tempoh berpantang.. Dengan kata lain lagi, bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.. Dengar tu macam menggerunkan.. Berikut adalah tanda dan sebab-sebab kenapa berlakunya bentan :

Ibu ada mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras.. Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam.. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.. Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera.. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh..

Berminggu-minggu? Lamanya.. Try google dua tiga artikel lain, memang kesannya terbukti sangat lama.. Fuh! Kalau boleh elak, memang kena elak ni.. Kesian la pada ibu yang berpantang tu kan.. Kadang-kadang kita kurang info sebab tu tak tahu akan bentan ni.. Ini pula jenis bentan :

Bentan urat

Badan menjadi lemah seperti demam, bias-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang.. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak.. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini..

Bentan urat peranakan/urat rahim

Sakit di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah.. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan..

Bentan urat besar (pinggang)

Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang.. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean.. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit..

Itu dia tiga jenis bentan yang kita semua kena tahu.. Yang mana popular, Eraz tak sure la tu.. Mungkin mana-mana pembaca yang pernah kena bentan ni boleh share dengan yang lain di bahagian komen.. Apa yang penting, bagi mengelakkan ibu terkena bentan, penjagaan diri ketika tempoh berpantang perlu diberi perhatian serius.. So ikutlah cara berpantang secara tradisional.. Maybe berkesan..

Berikut adalah cara-cara untuk kurangkan sakit bentan dan untuk mengelakkan terkenanya bentan.. Sama-sama dapat diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang berpantang dan sama-sama dapatkan info untuk golongan bapa.. Mana tahu menbantu di kemudian hari.. Ini antara cara-caranya :

Banyakkan berehat

Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termasuk memandikan bayi.. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu..

Elak jangkitan kuman

Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing.. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman..

Jaga pemakanan

Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan.. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.. Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terusng, nangka muda..

Alhamdulillah tamat menaip maklumat tentang bentan.. Banyak info ni Eraz dapat daripada Majalah Pa & Ma.. Inilah orang kata, kalau kita tak lebih membaca, mungkin info pasal bentan ni kita tak tahu.. So, sama-sama kita manfaatkan maklumat ini.. Wassalam..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.