Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 20 July 2015

4 Syawal

Assalamualaikum w.b.t.. Masa mula-mula puasa aritu, mesti ramai yang kata, ala baru habis sehari or dua hari.. Terutama budak-budak la kan.. Tapi bila dah masuk ke minggu terakhir puasa, aik rasa macam cepat pulak puasa ni.. Itu memang Eraz rasa.. Hehe.. Alhamdulillah sebulan puasa penuh, kita sambut Syawal pada Jumaat lepas..

Bila dah tiba 1 Syawal, memang kemeriahan, keterujaan tu rasa.. Tambah-tambah bangun pagi tu nak pergi Solat Sunat Aidilfitri kan.. Tapi bila dah ada dua anak ni, memang kena luangkan masa lebih sikit untuk siapkan anak juga kan bersama isteri.. Lepas tu bermaaf-maafan tu, serang makan juadah hari raya la.. 

Sebab turn pagi raya di rumah MIL, lepas Solat Sunat Aidilfitri, terus bersama anak isteri ke Machang untuk beraya di rumah family Eraz.. Biasa la klu dah kahwin, perbincangan untuk turn mana-mana kena decide awal..

Alhamdulillah hari ni dah 4 Syawal.. Semalam memang sekali lagi datang beraya di Machang dan tidur sini.. Pejabat dah mula beroperasi hari ni.. So kami bergilir la bertugas.. So terima kasih kepada rakan office yang sanggup bekerja pada hari ni, esok dan seterusnya.. Setakat ni belum sempat beraya di rumah sendiri lagi sebab habiskan masa dengan family..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.