Saturday 11 July 2015

Telur tiruan ke ni?

Assalamualaikum w.b.t.. Hari Ahad lepas, Eraz ada pergi beli barang kat Mydin.. So beli la terus telur banyak-banyak.. Gred apa tak ingat.. Tapi satu petak tu RM 10.00 rasanya.. Tapi sejak tiga empat hari ni, Eraz macam ragu-ragu samada itu betul ke telur original atau telur tiruan sebab baru je baca kat Facebook, ada orang terbeli telur tiruan.. Tanya wife, dia pun macam konfius rupanya tapi tak beritahu Eraz..

Telur tiruan
Perbezaan telur ayam asli (kanan) dan tiruan selepas direbus

Telur tiruan
Perbezaan telur tiruan (kanan) dan telur asli

Kenapa boleh confius? First sebab masa wife duk susun dalam peti ais, telur-telur tu tak pecah pun.. Tapi alih-alih masa nak goreng, telur tu macam pecah cantik di bahagian tepi.. Keluar macam air jernih.. Pelik tapi benar.. Wife buang je masa dia perasan.. Tapi Eraz pulak selamba rock je guna.. Tapi semalam ke kelmarin, berlaku lagi.. Masa tu kami sama-sama ada.. Dalam hati, betul ke telur ni original? Hehe..

Hari ni terus google pasal telur tiruan ni.. Dan cari macamana cara nak mengenal samada telur itu telur original atau telur tiruan.. So ini hasil yang boleh dikongsikan dengan korang.. 

Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


So balik nanti Eraz nak try check la telur kat rumah tu samada telur tiruan or tidak.. Risau jugak sebab katanya kalau yang tiruan, ada bahan-bahan terlarang.. So sekarang memang tengah stopkan guna telur tuh.. Hehe.. Harapnya telur di rumah tu original la.. 

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.