Monday 6 July 2015

Kenapa Adam Fitri?


Assalamualaikum w.b.t.. Mencari nama yang sesuai, membawa maksud yang baik bukan senang macam petik jari kan.. Nama ini akan digunakan mungkin dari dalam perut sampai la ke akhir zaman.. Setiap ibu bapa mesti ada pemikiran mereka sendiri dalam memilih nama.. Ada yang jenis suka nama ringkas.. Ada yang suka nama pelik-pelik dan mungkin ada yang suka nama panjang.. Suka gabung-gabung pun ada..

Bagi kami, nama panjang ke pendek, bukan utama.. Yang penting nama tu membawa maksud yang baik dan mendapat panggilan yang betul.. Jangan letak nama lain, tapi di panggil dengan nama lain.. Bagi kami suami isteri, nama anak akan diberikan dengan tiga nama.. Setiap satu itu akan membawa maksud dan apa yang kami inginkan.. Jelaskan? Tak perlu la kot.. Tadi dah taip satu perenggan untuk jelaskan, tapi decide untuk padam.. Hehe.. 

Muhammad Adam Fitri? Kenapa Fitri? Lambat lagi Raya Aidilfitri kot.. Baru sesuai dengan Fitri kan.. Itu antara persoalan kenapa adanya 'Fitri'.. Haha.. 'Ikut suka kami la'.. Itu bukan jawapan kami la.. Sebenarnya nama ni memang wujud sejak wife mengandungkan Zara dulu lagi.. Ya la, masa tu kan kena la prepare dua nama sebab tak tahu lagi boy or girl.. So bila dah dapat yang girl, terus decide yang boy.. Masa wife mengandungkan Zara, duenya di Hari Raya Aidilfitri.. Sebab tu kalau dapat boy masa tu, nak letak Fitri..

'Adam' tu memang dari Eraz bujang sampai la kahwin sampailah sekarang memang nak letak untuk anak.. Alhamdulillah Allah kabulkan impian untuk dapat anak lelaki dan nama 'Adam' terus dapat pada Adam Fitri.. Memang dah ramai letak nama anak 'Adam', tapi tak kisahlah sebab pilihan dari dulu lagi.. Wife pun ok.. Syukur sangat-sangat Allah kurniakan kami sepasang anak.. Cuma sekarang kami berharap mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah serta sihat walafiat sampai bila-bila..

Walaupun Adam dilahirkan sebelum bulan Puasa, kami tetap decide untuk letak nama Adam Fitri sebab nama tu dah wujud dari dulu.. Malas la nak cari nama lain.. Senang.. 

4 comments:

  1. Farah pula memang teringin nak letak nama Iman Ash jadi Adam Ash...Tetapi disebabkan pilihan abahnya Iman... Ikut ajerlah...

    ReplyDelete
  2. hye..syira lokman jenguk sini n doakan semoga awak murah rezeki :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...tahniah atas kelahiran baru..ape pun mksudnye baik2 je..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.