Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 24 July 2015

Jumper Bateri Untuk Start Kereta

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya masa wife berpantang lahirkan Zara dulu pun, terpaksa jumper juga kereta.. Kali ni lepas berpantang lahirkan Adam pun sama.. Masa mula-mula wife bersalin, rajin lagi start kan kereta.. Tapi bila dah habis pantang, balik rumah sendiri, bila ke rumah In Law baru la nak panaskan enjin.. Sekali lepas seminggu, bateri dah K.O dah.. So biarkan la sampai minggu ni jumping semula sebab next week, wife dah nak mula kerja..

Jujurnya kalau sebelum ni selalu minta orang temankan masa nak jumping bateri tu.. Tapi kali ni alhamdulillah yakin nak buat sendiri sebab masa duk tengok, bukan susah pun.. Janji ada jumper, kepitkan di tempat yang betul dan panaskan kereta satu lagi tu ok.. Hehe.. Try sekali dua memang dah boleh lagi.. Biar lama sikit then start kali ketiga, terus berjaya.. Alhamdulillah.. So dah boleh bawa balik kereta tu..

Jumper ni rasanye macam dah barang wajib dalam kereta sebab banyak kes berlaku kan.. Selalu terjumpa kes ada orang tak tutup lampu la.. Macam-macam.. So masa tu la pentingnya jumper tu..

3 comments:

  1. memang simpan satu jumper di dalam bonet kereta...kalau apa-apa hal berlaku senang...salam jumaat eraz...

    ReplyDelete
  2. Pernah sekali kereta rosak bateri probs tetibe n azab sebab x de jumper huhu. btw Selamat Hari Raya buat bro Eraz sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. nak kena simpan gak satu ni dalam keta huuhuuu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.