Wednesday 1 July 2015

Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik Mulai 1 Julai 2015

Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik Mulai 1 Julai 2015
Harga Minyak RON 95 & RON 97 Naik Mulai 1 Julai 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas berbuka puasa semalam, dapat satu message dari seorang kawan melalui group Whatsapp.. Dia tulis, " 95 naik seposen, 97 naik duaposen je, diesel tak mau naik pulak, tengah malam ni.. sekian dimaklumkan.. ".. Ingatkan dia main-main, tapi baca berita-berita lepas tu yang diterbitkan secara rasmi, rupanya betul Harga Minyak RON 95 & RON 97 akan naik mulai 1 Julai 2015.. Naik lagi? Fuh!

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa 1 Julai.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai," katanya. - mStar Online

Rasa macam baru je kot naik baru ni.. Hari ni naik lagi.. Dah la dalam bulan puasa, hampir nak raya.. For sure ramai yang memerlukan wang tambahan.. Terutama bagi orang-orang kampung yang bekerja sendiri, bagi family yang mempunyai anak yang ramai, bagi orang yang tidak berpendapatan tetap dan sewaktu dengannya.. 

Harga minyak naik, naik, naik, tak kan tak nak isi minyak kereta or motosikal kan.. Macam-macamana mahal pun, akan tetap kena isi kalau nak bagi transport tu berjalan ke tempat kerja atau tempat-tempat lain kan.. Ikut kebiasaannya, harga barang akan selari dengan kenaikkan harga minyak ni.. Dah la dihujani dengan harga barang naik sebab GST.. Minyak pulak yang naik.. 

Sebagai rakyat biasa, ini sajelah yang boleh diluah.. Apa lagi boleh dibuat.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.