Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 25 July 2015

Happy 2nd Birthday, Princess Zara


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, dah besar rupanya anak dara kami.. Hari ni genap umur princess kami, Zara Faleesya 2 tahun.. Dalam masa dua tahun, dah dapat adik seorang.. Kira macam hadiah pada Zara juga la tu kan.. Hehe.. Sejak dia lahir sampailah ke hari ini, memang Zara jenis anak yang tak banyak menyusahkan kami cuma kami je yang terlebih risau tentang dia..

Setiap kali pergi nursery, memang risau dia akan menangis ke, lapar ke, bergaduh ke, semua-semua la.. Tapi bila dapat laporan dari pihak nursery, Zara ok je.. Berdikari.. Sikap seorang kakak tu memang dah ada dalam diri dia.. Cuma perangai dia jadi lebih manja sikit masa mula-mula wife pregnantkan Adam.. Mungkin dia dapat tahu yang dia bakal berkongsi kasih sayang kami dengan Adam..

Alhamdulillah dengan lahirnya Adam, memang masa kami terpaksa bahagikan baik-baik supaya Zara tidak rasa yang dia kurang kasih sayang, kurang masa bermain dengan kami dan lain-lain.. Itu memang sangat penting dalam keluarga kot.. Kang tak pasal Zara berubah perangai.. Tapi alhamdulillah setakat ni semua ok.. 

Semalam kami ada belikan kek Frozen untuk Zara.. Zara memang peminat No. 1 filem tu.. Setakat ni hanya dua je filem animasi yang dia selalu tengok.. Frozen dan Despicable Me.. Minion, Potato memang dia suka la.. Kadang-kadang tengok TV sampai tertidur kat situ..

Walaupun hari ni sebenarnya birthday dia, kami decide celebrate semalam sebab kebetulan ada majlis cukur jambul untuk sepupu Zara.. So selitkan sekali kek Frozen Zara, kek untuk Mamanya sekali serta adik ipar seorang sebabnya birthday semua dalam lingkungan 3, 4 hari tu je.. Jimat dan meriah la sikit kan.. Memang untuk Zara, tempah khas edisi Frozen siap dengan patung-patung watak utama lagi..

Kalau tengok dalam gambar, memang muka Zara masam je.. Sebabnya apa? Sebab ramai orang yang dia tak kenal ada.. Hehe.. So dia segan la sikit.. Jangan pelik kenapa Eraz pakai macam nak ke office sebab memang betul lepas majlis tu, Eraz masuk office.. Hehe.. Apa-apa pun, semalam dah celebrate tapi esok baru akan dapat hadiah.. Hehe.. Sabar ya Zara.. Happy 2nd birthday..

1 comment:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran ye Zara Faleesya..moga menjadi serikandi muslimah yang sejahtera dunia..cemerlang di akhirat..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.