Thursday 23 July 2015

Esok Kerja | Tak Sabar ke ?!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dato' big boss approve Cuti Aidilfitri 2015 ni selama seminggu dan esok dah mula masuk office.. Selalu malas nak masuk sebab nak cuti panjang lagi ni tapi ni dengan hati terpaksa kena rela masuk kerja.. Banyak kerja dan urusan kena settlekan sebelum 31 Julai 2015 ni.. Dateline melibatkan kerja sendiri dan harapan individu lain.. So cool nak masuk kerja esok..

Tapi selepas cuti dah approve semua, family decide untuk adakan satu majlis cukur jambul untuk anak saudara baru lahir dekat raya baru ni.. Memang dah tak boleh nak apply cuti sebab awal-awal dah agih siapa cuti lebih selepas 3 Syawal dan ada yang kerja 4 Syawal tu kena la adil bagi cuti lepas tu kan.. Jadi esok terpaksa la beritahu bos yang terpaksa masuk lambat sikit untuk settlekan perkara tu.. Daripada tidak cuti langsung, better masuk lambat sikit kan.. At least dapat bantu family.. 

So hari last cuti ni memang nak settle kan hal di rumah sebelum ke rumah MIL petang ni untuk bantu mana patut.. Wife pun dah start kerja next week.. Persediaan untuk Adam masuk nursery pun kena settlekan juga.. Harapnya Adam ok di nursery nanti sama macam kakak Zara dia.. Disebabkan nak bagi Adam susu ibu eksklusif, wife pun gigih buat stok susu ibu.. Nasib baik Adam ok guna botol untuk hisap susu.. Fuh!

Kereta! Satu hal lagi.. Sebab masa lepas bersalin baru ni tak guna sangat kereta wife, bateri kereta tu dah off.. So before Ahad ni memang kena settlekan juga la hak kereta.. Kalau tak, camne wife nak pergi kerja kan.. Alahai.. Cool! Apa-apa pun, mana yang masih beraya, Selamat 7 Syawal!

2 comments:

  1. ye ye.. cik en dah start keje senin ritu lagi.. huhuu..

    ReplyDelete
  2. JM mula kerja raya ke 3 lagi...
    berkorban demi kerja...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.