Saturday 18 July 2015

Red Bull | Penyelamat Semasa Memandu

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari Pertama di bulan Syawal tahun 2015 ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.. Solat Sunat Hari Aidilfitri di Kota Bharu then bertolak balik Machang lepas tu then balik semula ke Kota Bharu semula untuk teruskan berhari raya di hari kedua di Kota Bharu.. Raya ke tiga dan keempat maybe di Machang pula.. Nasib baik la dua kampung dekat-dekat.. Senang nak pergi balik..

Tapi sebenarnya kalau difikir-fikir lagi penat kalau dua kampung dekat sebab drive ke hulu ke hilir.. Masa banyak rugi atas jalan raya kalau jammed teruk.. Tambah-tambah di Kelantan ni.. Semalam pergi ke rumah abang di Tanah Merah pun dah jammed.. Itu raya pertama.. Belum raya kedua dan seterusnya kan.. Itu salah satu kelemahan dua kampung berdekatan sebab kena drive ke sana sini mengharungi jammed.. Lain la duduk satu kampung je.. Hehe..

Kalau katakan kampung jauh sikit, maybe akan duduk bermalam di situ untuk dua ke tiga malam then bertolak pulak ke kampung kedua kan.. Itu save la masa jalan raya.. Tapi bagi Eraz, alhamdulillah sebab walaupun kita penat di jalan raya, mungkin lebih prefer dua kampung dekat sebab senang nak terus pergi kalau ada apa-apa berlaku..

Semalam, dah la hari raya pertama dan memang tak lelapkan mata langsung di rumah Ma di siang hari so bila nak balik Kota Bharu semula, memang sangat mengantuk.. Awalnya memang nak bertahan sampai ke Kota Bharu.. Tapi dipertengahan jalan, memang menyerah kalah demi keselamatan diri dan keluarga dalam kereta serta pengguna jalan raya yang lain juga.. So!

Terus singgah 7-E dan cari Red Bull yang Bullleh buatkan hilangkan mengantuk Eraz.. Serius lepas minum je, memang mata pun cerah je rasa.. Tak menguap sampailah selamat sampai ke Kota Bharu.. Alhamdulillah.. Hilangkan mengantuk ni memang banyak caranya.. Atas masing-masing dan keselesaan.. Kadang-kadang tu dengan menyanyi pun hilang ngantuk.. So, sama-sama kita memandu dengan berhemat dan berhati-hatilah di jalan raya..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.