Tuesday 23 June 2015

Tibe-tibe rasa cute !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini kes buang malu demi anak.. Dah upload di FB tentang ni tapi rasa macam nak jadikan entri kat blog.. Ada masa sikit ni, so boleh la mengarang sikit.. Zara Faleesya memang salah seorang budak yang suka dengan Frozen.. Dari masa mula-mula movie tu muncul kot.. Sampai la sekarang.. Tapi sejak dua menjak ni, dia ada movie favourite yang kedua iaitu minions.. Hehe..

Masa on the way balik kerja baru ni, ternampak ada seorang budak perempuan yang pegang belon Frozen ni melintas jalan dari satu pasar ramadhan.. Tengok design dan warna, errrrmmmmm cantik juga.. Dalam hati kata, kalau bagi pada Zara ni, mesti dia happy.. So apa lagi, dalam pada malu-malu, berhentikan kereta jauh sikit sebab kereta penuh dah parking..

Jalan terus ke dalam pasar ramadhan cari belon tu dalam masa yang sama, beli la jugak sesuatu juadah untuk berbuka kan.. So lepas selesai, terus jalan kaki menuju ke kereta.. Memang rasa 'cute' giler r jalan pegang belon tu.. Dah la hari tu pakai baju merah.. Haha.. Cool je la walaupun malu demi anak..

Sampai je terus letak depan bilik air sebab Zara tengah mandi masa tu.. Dia keluar je nampak belon tu dan apa lagi, terus ambil la sebelum pakai baju.. Alhamdulillah, anak happy, bapak pun happy.. 

7 comments:

  1. Alhamdulillah, zara happy, aunty yang baca pun happy...terbayangkan macam mana cutenya dia happy masa tu...

    ReplyDelete
  2. untung zara.......dpt bapak yg happy.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kite berdua memang jenis bapak2 yang happy kan.. Haha..

      Delete
  3. Waktu zaman budak-budak dulu pun suka kalau dapat belon macam tu. Untung Zara :D

    ReplyDelete
  4. usaha untuk akan datang biar 'rasa encem' bawak balik mainan anak lelaki lak :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.