Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 25 June 2015

Murtabak Maggi

Murtabak Maggi | Assalamualaikum w.b.t.. Murtabak Maggi.. Jujurnya, baru semalam Eraz berjaya try Murtabak Maggi.. Tahu kewujudan Murtabak Maggi ni tahun lepas kot melalui sati program tv.. Lupa program apa tapi siap agar cara nak buat.. Tengok nya macam simple.. Dan wife masa tu kata boleh je buat sendiri janji ada bahan.. Disebabkan kekangan masa tu nak dapatkan bahan, harapan dan impian terkubur dulu..

Tup-tup Murtabak Maggi ni muncul dalam fikiran Eraz lepas pergi round-round di Pasar Ramadhan baru ni.. So semalam sambil-sambil bawa Zara jalan-jalan di Pasar Ramadhan area Kubang Kerian, terpaksa satu gerai yang hanya jual Murtabak Maggi ni je.. Nampak dari luaran, memang mengiurkan.. Haha.. Tambahan pula di bulan Ramadhan kan.. Confirm! Hati kata nak beli..

Tanya harga.. RM 4.. Ok not bad.. Tak mahal.. So beli la satu.. Beli banyak kang, membazir pulak kan.. Orang dalam rumah tak ramai.. Juadah lain pun ada lagi.. Confirm punyalah tak habis.. Nak makan lepas Solat Tarawih pun belum pasti.. Kot-kot tak sempat nak sentuh kan.. Buat rugi je.. So beli satu..

Lepas je berbuka, terus bukan Murtabak Maggi ni dan try.. Fuh! Memang confirm akan beli lagi kat gerai tu kalau pergi.. Sebab? Memang sedap.. Eraz tak snap gambar Murtabak Maggi yang dibeli semalam sebab masa belum bungkus, memang cantik.. Warna warni.. Tapi bile dibungkus, memang hancur la hiasan.. So Eraz goggle, jumpa Murtabak Maggi di bawah ni..

Murtabak Maggi

Amacam? Nampak sedap kan.. Kalau korang nak buat sendiri, cuba goggle.. Pasti akan jumpa cara buat, bahan-bahannya sebab dan banyak entri di buat.. Eraz tak boleh buat sekarang sebab wife pun tengah dalam berpantang kan.. So beli je la dulu.. Tapi lepas ni insyaallah, akan sama-sama buat dengan wife.. 

8 comments:

  1. saya selalu bawa bekal ke ofis sblm puasa, so, murtabak megi ni antara yang saya selalu buat..hehehe

    ReplyDelete
  2. SA buat sendiri je...mls nk bersesak pi pasar ramadhan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak sempat nak buat sendiri lagi..

      Delete
  3. adeh...
    bunyi mcm sedap jer.
    cepat knyang kalau makan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan rasanya.. Habis la juga time beli tu..

      Delete
  4. Murtabak Meggi...
    dh mcm rupa Lasagna dh....hehehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.