Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 13 June 2015

USM Selepas 10 Tahun


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau tengok gambar kat atas tu, apa motif bergambar membelakangkan bangunan putih dan dengan Zara kan.. Itu bangunan Pusat Pengajian Sains Komputer USM Penang.. Bangunan yang Eraz dan kawan selalu 'lepak' dari tahun 2002 hingga 2005.. Alhamdulillah, kebetulan wife ada hal di USM Penang, so apa lagi, ambil peluang round USM imbau kenangan la..

Mula-mula rasa macam pelik juga duk round-round dengan anak.. Ya la, kalau student USM, tak kan duk jalan dengan anak or dukung anak kan.. Pergi ke tapak konvo tu, Zara terus ke DTSP.. Dari DTSP, ke library dan terus ke cafe bistro.. Last jalan-jalan ke dewan kuliah S, T, U rasanya.. Memang ramai pelajar tengok pelik kot sebab jalan-jalan dengan Zara.. 

Yang penting puas hati sebab dapat jalan dan snap beberapa gambar kenangan.. Bila pulak nak datang, tak tahu bila la tu kecuali wife ada urusan kat sane lagi.. Reunion pun tak tahu bila la ada kan.. Masing-masing dah ada komitmen, memang susah la..

Memang dah banyak berubah berbanding dulu.. Pelajar dulu dan pelajar sekarang pun lain hidupnya.. Rasanya pelajar universiti sekarang jauh lebih senang kot berbanding kami yang banyak kekurangan dulu.. Sebab tu la banyak masa lepak lab untuk siapkan projek or assignment.. Lepak library untuk study.. Keluar release tension, ada tapi hanya Bukit Jambul Mall dan Prangin Mall je.. Hehe..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.