Sunday 28 June 2015

Bazar Ramadhan ke Bazir Ramadhan?


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 11 kita puasa.. 4, 5 hari lagi, akan masuk ke pertengahan Bulan Ramadhan.. Kalau tak sedar, masa nak g terawih nampak bulan penuh, maksudnya dah sampai pertengahan la tu.. Masa mula-mula biasanya memang akan rasa lama.. Tapi bila dah masuk ke pertengahan, for sure akan cepat berlalu punya..

Kalau Zara dulu, dilahirkan pertengahan bulan Ramadhan.. Tapi Ramadhan tahun ni, Adam lahir sebelum Ramadhan.. Dengan kata lain, dua-dua kena berpantang dalam bulan Puasa la kan.. Macam tahun-tahun yang sebelum ni, Eraz tak beria sangat ke Bazar Ramadhan sebab dah tahu apa akan berlaku.. Tapi atas satu dua sebab, kena la juga ke Bazar Ramadhan.. Antara sebabnya ialah nak bawa Zara jalan-jalan di tempat yang ramai orang.. Kira salah satu aktiviti kami berdua..

Ya la, masih lagi boleh dibawa ke taman permainan ke apa, tapi kalau lepas balik kerja, pergi ambil Zara kat nursery, rasa penat tu memang ada.. Dah la sekarang ni cuti sekali je seminggu.. Ikut kan hati, sampai rumah je, terus nak tidur dan bangun sebelum berbuka puasa.. Tapi mana boleh macam tu kan.. Nak tidur selepas berbuka puasa tu tak manis juga.. So rest macam tu je la.. Malam-malam berjaga bergilir-gilir jaga Adam pulak.. Biasa la budak dalam 40 hari.. 

Kedua nya sebab kadang-kadang tu tak sempat nak sediakan makanan untuk orang berpantang ni.. So nak senangkan keadaan, jimatkan masa, memang kena ke Bazar Ramadhan beli la.. Kan banyak makan berbakar dan sewaktu dengannya.. Ada tu pergi ke Bazar Ramadhan hanya untuk beli tu je.. Bawak Zara sekali jalan-jalan..

Lumrahnya, memang kadang-kadang kita akan jadi rambang mata semasa berada di Bazar Ramadhan ni.. Itu wajib untuk semua orang.. Tambah-tambah waktu petang tu hampir-hampir nak menuju ke waktu berbuka puasa kan.. Mesti punya tengok semua jenis masakan tu, nak try.. Samada lauk pauk, kuih mahupun air.. Betul tak?

Salah satu yang ramai orang sedar, kalau ke Bazar Ramadhan mesti tak mustahil akan habis lebih dari RM 10 sekali pergi.. RM 20 pun tak mustahil... Rm 30? Pon tak mustahil kan.. Itu baru sehari kan.. Kalau tiap-tiap hari camne? Kalau dah pergi semua nak rembat.. Tapi makannya tak habis pun.. So apa yang perlu kita buat ialah cuba senaraikan dulu apa yang betul-betul nak beli untuk makan hari tu.. Baru la ok kan.. Kalau masa jalan-jalan tu nampak makanan extra yang diluar list, jangan beli dulu hari, masukkan dalam senarai esok.. Mesti gerai tu ada lagi punyalah.. Kan.. Hehe..

Satu lagi yang Eraz buat, tak bawak wallet.. Eraz bawak dalam RM belas-belas ringgit atau RM 20 je.. So masa nak membeli tu, memang akan beringat la.. Untuk Zara, memang dah kena asingkan RM 2, 3 dari duit tu.. Biasanya Zara memang akan minta nak air or kuih yang boleh dia makan dan minum dalam kereta nanti.. Itu di antara cara yang boleh kita cuba amalkan untuk elakkan membazir..

Jadi jangan kita jadikan Bazar Ramadhan ni menjadi Bazir Ramadhan.. Wassalam..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.