Tuesday 30 June 2015

Last Minute Tukarkan Baucar Buku


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari terakhir untuk pemilik BB1M untuk tukarkan Baucar berkenaan kepada buku-buku yang korang suka.. Kalau terlepas hari ni, memang akan selamanya tak boleh guna la.. Tahun mungkin ada, mungkin tidak kan.. Dan macam Eraz, kalau ada lagi tahun depan, memang tak kan dapat dah sebab dah habis belajar.. So plan dalam kepala, petang semalam kena juga pergi mana-mana kedai buku untuk tukarkan buku.. Tak nak membazirkan..

Dalam masa yang sama, aktiviti petang ialah ambil Zara di nursery dulu.. Baru boleh pergi kedai buku kan.. "Boleh ke aku pilih dengan adanya Zara?".. Itu yang Eraz fikir dulu.. Tapi selaku bapak, memang tahu perangai anak tu macamana kan.. So kami berdua terus ke kedai buku Syarikat Muda Osman di Kubang Kerian.. Ambil satu bakul dan heret.. 

Tak sempat si bapak di nak heret, si anak ambil dulu.. Tempat mula-mula pergi ialah tempat buku kanak-kanak.. Sebelum ni memang dah belikan buku jenis berpad.. So kali ni bagi dia pilih.. Sempat di kaut 2, 3.. Mungkin dia pilih berdasarkan kulit buku tu.. Lepas extranya untuk dia, Eraz ambilkan buku-buku yang boleh Zara mewarna.. First time belikan ni.. Belikan la sekali pensel warna yang pendek.. Alhamdulillah lepas balik semalam, dia hanya warna buku tu je.. Bukan dinding or tempat lain.. Hehe..

Dalam keadaan terkawal tu.. Zara memang ikut je Eraz dengan heret bakul buku tu.. Sesekali dia macam nak larik ke tempat lain.. Tapi lepas panggil, dia kembali asal.. Kira terkawal la.. Pilih buku pun macam belasah je sebab ikutkan hati memang tak de buku yang nak dibeli.. Sebab tak nak baucar buku tu luput tarikh macam tu je, so beli la buku-buku yang menarik di hati..

Lepas selesai beli, ajak Zara duduk di satu kawasan yang boleh di main-main lego tu.. Kire upah follow Papa.. Main kasi puas, baru la pergi bayar kat kaunter.. Kena la tambah lagi 24 ke RM 28 cam tu.. Pelik, tadi macam kira dah ok-ok, kalau tambah pun mungkin sikit je.. Tak pe la, sebab ada Zara ni, malas la nak check2.. Balik!!

Sampai rumah, rupanya ada buku extra yang Eraz terambil dari atas meja tempat Zara main tadi.. Aiyooooo.. Patut la banyak tak cukup.. Buku pula pasal masakan.. Apa citer?? Haha.. Tunjuk kat wife, dia gelak je.. Dah la buku untuk buat bekal ke pejabat.. So wife dengan positifnya kata, tak pe, berguna ni.. Boleh buat menu-menu yang ada dalam tu.. Adoi..

#Korang nak habiskan Baucar Buku belum??

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.