Wednesday 10 June 2015

Kesian anak dara Papa..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni hari ketiga #ZaraFaleesya ke nursery selepas cuti panjang lepas wife bersalin.. Kalau ikutkan hati, memang nak suruh dia duduk rumah je dengan Mama tapi kesian juga kat wife sebab tengah berpantang kan.. Nak lasak-lasak pun tak boleh.. Nak jaga baby kecik lagi kan.. So kami decide, Zara kena ke nursery..

Bukan apa, risau juga kalau lama-lama tak pergi, kang nanti sampai masa, tak nak pergi terus.. Lagi susah.. Hari Pertama ke nursery, nampak ok tapi lepas check dengan pengasuh, lepas Eraz hantar pagi tu, dia menangis jap.. Lepas tu muntah sebab kuat menangis kot.. Masa nak ambil petang tu pun menangis semasa kat pintu sebab budak-budak lain berebut nak keluar pintu.. Terhalang dia.. Hari kedua semalam, lebih baik.. Tak menangis.. So harapnya ok la hari ni kan..

Hari ketiga hari ni, di tangga rumah lagi menangis.. Adoi.. Zara Zara.. Terpaksa pujuk masuk kereta, manja-manja, letak atas riba, keluar je pagar rumah, dah tak nangis.. Sampai pula kat nursery, tak nangis tapi Zara bgtau tak nak ke nursery.. Tapi lepas dukung bawa masuk, dia nampak macam ok.. Harapnya dia ok sampai ke petang la hari ni.. 

Naluri seorang bapak gini la.. Kesian tengok anak tambah-tambah tengah menangis.. Yang tengah makan pun berhenti terus dan tak sambung-sambung dah.. Zara ni, kalau di rumah sendiri, memang dia berdikari.. Tapi kalau di rumah Tok Ma dia disamping ada mak saudara dia, memang dia terlebih manja.. Cool Zara cool.. Tunggu Papa pergi ambil petang ni..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.