Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 25 June 2015

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri

Pelajar Rempuh Kereta Polis Sebelum Melarikan Diri | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz dah tengok video pelajar rempuh kereta polis sebelum melarikan diri ni semalam di Facebook.. Mulanya ingat di luar negara.. Tapi dalam negara rupanya.. Lepas habis tengok, dalam kepada duk fikirkan macamana la kalau terjadi pada kita.. Ya Allah.. Minta jauh semua ni.. 

Ya la bayangkan, kita dah bagi tumpuan penuh semasa memandu.. Berhati-hati.. Mengikut peraturan dan lain-lain.. Tapi alih-alih datang pemandu lain yang buat onar dan boleh menyebabkan kemalangan.. Ya, ajal maut atau semua-semuanya yang berlaku ini ditetapkan.. Orang kata akan ada penyebabnya.. Tapi dalam pada itu, memang selalu mendoakan semoga perkara seperti ni jauh dari diri sendiri dan keluarga serta orang-orang lain juga..

Masa tengok video tu semalam, rasanya polis belum buat penangkapan kot.. Tapi bila malam tu, dengarnya seorang pelajar berusaia 21 tahun, pelajar kolej yang dikatakan memandu semasa berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.. Fuh! Dah tahu tak boleh memandu, jangan la memandu.. Kan dah menyusahkan orang lain.. Nasib baik tak de kemalangan jiwa.. Kalau lah ada bayi ke kanak-kanak ke kat dalam tu macamana.. 

Dalam video berkenaan, memang nampak kereta Volkswagen Polo yang memang dipandu laju dan tiba-tiba je dilihat memotong kereta perakam video di lorong kiri dan tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta polis di depan dan di lorong yang sama pulak tu.. 

Diharapnya ia akan menjadi pengajaran kepada semua yang menonton dan membaca.. Kalau la kita mengantuk sebagai contohnya, sila berhenti tidur walaupun sekejap.. Diri kita mesti dapat rasa kalau kita betul-betul mengantuk mampu drive ke tak kan.. So sama-sama lah kita fikirkan untuk diri sendiri, keluaga dan orang lain juga.. 

Dah lama terfikir tak nak bagi orang tersayang drive sendiri ke mana-mana sahaja tapi apa boleh buat, masing-masing ada kerja dan bertugas di tempat lain-lain.. Selain tu ada urusan lain juga kan.. So berserah saje lah disamping berdoa pada Allah.. 

2 comments:

  1. Malang tidak berbau tapi masih boleh di elakkan jika pemandu mengamalkan sikap berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Risau dgn pemandu yang tak berhati2..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.