Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 24 June 2015

Berpantang dalam bulan Puasa


Assalamualaikum w.b.t.. Mesti mencabar kan bagi kaum wanita / kaum ibu untuk berpantang dalam bulan Puasa.. Ya la, orang lain boleh makan makanan sedap-sedap masa berbuka, orang yang berkenaan pulak makan makanan berpantang macam ikan bakar dan lain-lain tu.. Sama juga untuk memasak..

Bayangkan orang yang berpantang tu terpaksa memasak.. Macamana la agaknya dia nak memasak makanan biasa untuk orang yang tidak berpantang tetapi dia sendiri tak boleh makan.. Fuh! Mencabar.. Kuih pun pelbagai dalam bulan Puasa ni.. Macamana la perasaan mereka ni kan.. Dah la lepas ni kena ganti puasa lagi.. Hehe..

Wife Eraz salah seorang yang sedang berpantang sekarang ni.. Masa kami nak berbuka puasa, dia join sekali tapi makan masakan yang sepatutnya la.. Sabarlah wahai isteri untuk 40 hari ini demi mendapat kesihatan yang baik kelak dan agar badan anda kembali asal macam dulu-dulu kala.. B akan support.. Nak makan apa? Bagitau je.. Akan cuba dapatkan walaupun hanya boleh makan yang bakar-bakar.. Air pun boleh minum yang panas-panas je..

2 comments:

  1. orang laki pun pantang jugak bulan puasa ni..pantang tengok..hihi

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.