Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 27 June 2015

MyBrain15 | Bantuan Pembelajaran Peringkat Master & PhD


Assalamualaikum w.b.t.. Mungkin ada yang sudah tahu dan rasanya ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan MyBrain15 ni.. Kalau sebelum ini, pihak MyBrain15 telah membuka permohonan kepada semua rakyat Malaysia yang bukan berkakitangan kerajaan tapi mulai bulan Mei lepas sampaikan 31 Julai 2015 ini, ianya telah dibuka kepada semua golongan termasuk kakitangan kerajaan / Penjawat Awam.. Rugi kalau korang tak cuba mohon..

MyBrain15 terbahagi kepada MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri, dan Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI).. Apa berbezanya? MyMaster memang satu-satunya program Master jadi mana-mana rakyat Malaysia yang sedang menyambung pengajian di peringkat Master atau baru memulakan pengajian di peringkat Master di IPTA atau IPTS, boleh la memohon.. Ada yang Eraz dengar, ramai yang sudah bayar RM 10 000.00 untuk menampung yuran pengajian.. 

MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

Bagi kategori MyPhD, MyPhD Industri, dan Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI), korang boleh baca penjelas di bawah yang mana Eraz dapatkan maklumat ini di laman web MyBrain15 : https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/..

MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda “Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

MyPhD Industri

MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)

SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Di bawah RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan dan 60% di IPTA bukan bertaraf Universiti Penyelidikan. Skim ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ felo yang berkhidmat di IPTA sahaja.

Jadi mana-mana rakyat Malaysia yang ada masalah kewangan untuk menyambung pengajian di peringkat Master dan PhD, boleh la register di IPT yang terpilih termasuk Open University Malaysia (OUM), IPT Eraz sambung Master ni.. Selepas register, boleh berhubung dengan pihak universiti untuk bertanyakan macamana untuk dapatkan pengesahan sebelum menghantar permohonan ke pihak MyBrain15.

Semoga maklumat ini dapat membantu rakyat-rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang masalah kewangan. Walaupun mungkin tidak ditaja penuh, ianya akan banyak membantu kita.. Insyaallah.. 

# Sebarang maklumat lain dan cara memohon, korang boleh klik link ini : https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15/v2/

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.