Friday 26 June 2015

Side Income atau Serius Berniaga?


Assalamualaikum w.b.t.. Baca Utusan Malaysia hari ni.. Terjumpa satu artikel tentang tikus.. Tajuk : Jual Tikus Boleh Buat Duit.. Nampak tak? Sebagai bisnes ni memang banyak cabangnya.. Tinggal kita cuba carinya dan usahakan supaya ianya menjadi kenyataan.. Kalau betul-betul nak fokus, mesti ada jalannya kan.. Kekangan tu tetap ada macam contohnya Eraz sendiri, susah nak fokus sebab susah nak bagi antara tugas kerja hakiki dan part-time untuk buat bisnes..

Kalau diikutkan sejarah Eraz, masa duk belajar di USM dulu, pernah jual top-up.. Not bad.. Tapi bila dah tamat belajar, memang terpaksa berhenti sebab pasaran sebenar dah lari.. Pernah nak join jual barang untuk kurangkan penggunaan minyak kereta.. Masa tu first time minyak naik tinggi.. Melabur RM 1000 tapi tak sempat nak jual apa-apa pun.. Rugi je.. 

Lepas tu mula dengan kain pasang dan tudung.. Alhamdulillah bermula dengan baik dan collection pertama dan kedua memang ok.. Tapi tak sempat nak fokus juga sebab kerja dan rakan-rakan kongsi yang lain pun ada masalah yang sama.. Sekarang Eraz bermula semula untuk membantu isteri jual tudung atau shawl.. Kami berpakat ingin bermula dengan tidak drastik sebab masing-masing ada kerja hakiki.. 

Dalam kepala dengan ada fikir tak kan selamanya nak kerja makan gaji.. Swasta pulak tu kan.. Dengan kerja hujung minggu nya.. So dalam kepala memang nak buka bisnes sendiri.. Sebab tu dalam masa yang sama Eraz sambung belajar MBA.. Kalau dah berhenti kerja sekarang, tak de komitmen, memang boleh fokus kot.. Tapi bila nak berhenti, memang tak 'nampak' lagi.. Sebab tu la kami bermula sikit-sikit dulu..

Wife akan selamanya bekerja di situ kot sebab at least ada salah sorang yang bekerja kerajaan.. Jawatan dan gaji sekarang ni memang tahap ok dan bekerja pula di Kelantan, memang sangat ok la.. Tapi tak kan sampai pencen nak kerja macam ni.. Hehe.. Kena move foward mencari income lain.. Itu yang difikirkan.. Yang pasti, tak kan resign selagi tak jumpa sesuatu yang dapat menjamin masa depan.. Itu pasti.. Kalau tak, nak makan apa kan.. Hehe..

Cabang bisnes ni memang banyak.. Nak jumpa yang kita minat, memang atas diri sendiri.. Tapi tak salah mencuba benda yang bukan dari bidang kita kan.. Mana tahu rezekinya di situ kan.. Mana tahu bermula dengan membantu, suatu hari nanti boleh jadi bos or bukak kedai.. Semua tu tak mustahil.. Sama macam artikel tikus tu la kan.. Siapa sangka tikus pun boleh jadi benda untuk dipasarkan..

Blogger pun sebenarnya boleh buat income yang menjamin kalau kita betul-betul fokus.. Terutama mana-mana blogger full-time.. Salah seorang yang menjadi icon untuk kita sebagai blogger berjaya ialah blogger INI.. Dia dah membuktikan kepada Eraz yang bekerja sebagai blogger ini bagus.. Tapi kena ada usaha la kan.. Usaha tangga kejayaan.. Lepas berusaha, berdoa dan tawakal..

Good Luck pada semua yang ingin memulakan bisnes yang diimpikan.. Mungkin bermula dari bawah dan kecil-kecilan.. Lepas ni kita tak tahu.. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia, tidak siapa yang tahu kan.. Fuh!

Pada yang nak tengok tudung atau shawl apa yang kami jual, boleh klik sini.. Ini ready stock punya.. Order hari ni, maybe lusa dah dapat.. Sempat la buat raya.. Hehe.. Murah je.. Berminat, boleh klik SINI.. Thank You..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.