Monday 17 June 2013

Bagus ke iOS 7 ?

Perihal iOS 7
Perihal iOS 7

Assalamualaikum w.b.t.. Perihal iOS 7? Sebenarnya baru lepas borak dengan rakan office tentang iOS 7 ni.. Ada la beberapa info tentang iOS 7 ni.. Ada yang bagus, ada yang kritik.. Macam-macam.. Jadi lepas borak-borak tu, cuba google tentang iOS 7 ni.. Ada yang kata iOS 7 ni iPhone 5S? Jom baca satu ulasan / review tentang iOS 7 ni..

Apple baru sahaja merasmikan iOS terbaru iaitu iOS 7.. Seperti yang di jangka, event kali ini memang menekankan inovasi terbaru dalam versi baru Mobile OS.. Buat pertama kali, iOS 7 direka dan dibentuk oleh team Jony Ive dan Craig dan buat pertama kali, tetamu memberi “standing ovation”..

iOS kali ini didatangkan dengan interface terbaru yang seakan-akan 3D serta beberapa ciri baru pada notification center, clock, calendar, SIRI, Music, Photo, etc.. Apple juga terut menyediakan satu app “Air Drop” khas untuk pengguna iPhone 5 dan beberapa gadget yang terkini sahaja..

Selain itu, untuk pengguna.. iOS sekarang dilengkapi ciri2 keselamatan dipanggil “Activation Lock”. App ini berfungsi sekiranya anda kehilangan iPhone anda.. Pencuri tidak akan dapat menggunakan iPhone anda kerana ia memerlukan ID..

Berita terbaik untuk iPhone fans, iOS 7 didatangkan dengan Facetime Audio, bermakna, anda boleh menghubungi rakan2 anda dengan menggunakan data tanpa dikenakan caj ke atas talian anda..

Sumber Gambar : http://appadvice.com/
Sumber Info : http://rumorslogy.com/

11 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.