Monday 7 January 2013

Wujudkah Rumah Siap Pahat Berbunyi Untuk AJL 27?

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 27


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu (AJL) 27

Juara : Aizat - Terukir Di Bintang
Tempat 2 : Azlan & The Typewriter - Idola
Tempat 3 : Hafiz AF7 - Ku Akui
Persembahan Terbaik : Black & Malique - Teman Pengganti
Vokal Terbaik : Hafiz - Ku Akui

Tahniah kepada Yuna sebagai penulis lagu dan lirik kepada lagu Terukir Di Bintang nyanyian gantian oleh Aizat kerana berjaya menjadi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke - 27 kali ini.. Korang rasa akan ada rumah siap pahat berbunyi ke lepas ni?? E'raz sendiri tak layak nak komen sebab bukan profesional tentang muzik.. Tapi mengikut rekod, lagu Terukir Di Bintang antara lagu terbaik sebab tercalon kategori lagu pop terbaik di AIM dan APM.. Tunggu ulasan dari yang profesional.. Tunggu dah lihat!

p/s : Disebabkan Patah Seribu - Shila Amzah tak berjaya menjadi juara atau no.2 ataupun no.3, jadinya rasanya nak bagi 'award no. 1 secara personal dan peribadi' kepada Misha Omar yang berjaya membuat persembahan pembukaan yang begitu mantap dengan lagu Bunga-Bunga Cinta!! To Shila Amzah, selamat kembali ke China untuk bawa nama Malaysia dan tahun 2013 ini, hasilkan lagi lagu terbaik!!

2 comments:

  1. emmmmmm.... no komen... hope jgn jd lagi lah kat yuna.. kena pulang2 ni..

    ReplyDelete
  2. dah juri yg pilih ...kita kena redha jer...cuma cam ralat sebab...lagu shila..lagu terbaik AIM... lagu pop terbaik....at least mesti ada kelebihan...tapi juri lebih pakar dlm hal nie....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.