Tuesday 15 January 2013

Keputusan Liga Super Malaysia 2013 : Kelantan Lawan Johor Darul Takzim

Pengadil Perlawanan Liga Super Malaysia 2013 : Kelantan Lawan Johor Darul Takzim, Suhaimi Mat Hassan Tamatkan Perlawanan 8 Saat Awal


Perlawanan Liga Super Malaysia 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim masih lagi berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.. Keputusan di masa 76 ini masih lagi terikat 1-1.. E'raz layan depan TV je.. Tak larat la nak g stadium ni tambah-tambah lagi tadi pergi Terengganu.. Esok pun kerja.. Masih berdebar menunggu tamatnya perlawanan di minit 90..

Apa yang menarik malam ni, Mat Yo yang sekarang bermain untuk Johor sekarang sedang menghadapi perlawanan dengan pasukan lamanya, Kelantan dan dengan kata lain, berlawan dengan rakan sepasukan yang lama.. Apa-apa pun, tunggu result penuh nanti..

Update : Perlawanan tamat dengan keputusan kekal 1-1 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim.. Apa yang 'best' diakhir perlawanan ialah, pengadil Suhaimi Mat Hassan telah menamatkan perlawanan 8 saat awal.. Tak tahu apa yang berlaku dan difikirkan.. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

  1. tak sempat nak tgk bola mlm nie....... sibukkan diri kat nandos tadi.....

    ReplyDelete
  2. ambe tak reti tengok jam....sebab tu ambe malas jadi pengadil bola sepak hatta pengadil bola jaring....^_^

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.