Saturday 5 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012, Minggu 8 : Zizan seorang diri & R2 tersingkir!

Zizan Kelihatan Sebak!

Maharaja Lawak Mega 2012, Minggu 8 : Zizan seorang diri & R2 tersingkir!

Zizan nampaknya berdiri seorang dalam Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke 8 ni sebab Johan mengalami kecederaan dan kena jalani satu operation.. Walaupun seorang, Zizan memang terbaik.. Segmen pertama Zizan menjadi Ustaz Azhar Idrus.. Kalau ada yang perasan, Zizan macam nak mengalirkan air mata masa mendengar kritikan positif Lisa Surihani.. Mungkin juga dia terharu dengan sambutan yang diberikan oleh penonton yang mana siaran malam ini diadakan di Terengganu, kampung Zizan.. Stop tentang Zizan a.k.a Jozan!

Diakhir rancangan, Dato' AC Mizal mengumumkan bottom 3 di minggu ke 8 ini.. Mereka ialah Say-Who, Boboi dan R2.. Dan yang tersingkir ialah R2.. Diawal rancangan juga, R2 diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat undian terendah.. Keputusan yang boleh dijangka.. Minggu ke-9 adakah mungkin Boboi yang akan tersingkir? Tak tahu mana silap, kemunculan Boboi yang bertiga kurang mendapat sokongan penonton..

Published with Blogger-droid v2.0.9

5 comments:

  1. Assalamualaikum, jom join segmen ney. Kalau menang boleh dapat rm100

    http://awanflufy.blogspot.com/2013/01/cabaran-seo-blog-3-dalam-1-happy-new.html

    ReplyDelete
  2. boboi mungkin xnk kemenangn tpi dyorg cume nk samapikan msg je kot

    ReplyDelete
  3. tune boboi tak kena lagi tu...tapi biarpun seorg...zizan tetap menghiburkan.....

    ReplyDelete
  4. selalu kena download utk tgk ..

    ReplyDelete
  5. part yg zizan jd UAI tuh mmg pergh..haha
    http://blogyangkosong.blogspot.com

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.