Thursday 16 February 2017

Kedai Makan Sedap Nenggok

Kedai Makan Sedap Nenggok | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau orang Kelantan, mesti boleh agak apa maksud kedai makan tu kan.. Kedai Makan Sedap Nenggok.. Sekali tengok, ia akan membawa dua maksud ni.. Satu, makanan di kedai tu sedap sangat.. Dan satu lagi boleh membawa maksud sedap di tengok.. Itu kalau tengok sekali imbas la signboard tu.. Tapi kalau baca dan eja betul-betul, akan dapat maksudnya..

Kedai Makan Sedap Nenggok

Masa kami satu office ke satu majlis kahwin baru ni, lalu kedai ni.. Dan masing-masing bahaskan apa maksud sebenar kedai ni sebab kami hanya tengok sekali imbas je.. So masing-masing bawa maksus masing-masing.. Tapi bila Eraz lalu lagi, baru perasan ejaan betul kedai tu, Kedai Makan Sedap Nenggok.. Dan nak dijadikan cerita lagi, masa Eraz singgah beli breaskfast untuk bawa ke office, kakak yang kerja kedai makan tu duk bahaskan maksud kedai tu.. Eh!

So sebab dah biasa dengan mereka, Eraz sempat la menyampuk.. "Kak tengok ejaan nenggok tu G satu ke G dua?".. Terus mereka dapat jawapan.. Gelak2 la kat kedai tu.. So sebenarnya macam ni.. Meh nak belajar Bahasa Kelantan..


Sedap Nenggok = (G dua) Tu maksudnya sedap sangat.. Terlalu sedap.. Haa... Memang sesuai la dengan nama kedai makan kan.. Tapi kalau macam ni :

Sedap Nengok = (G satu je) Itu maksudnya sedap tengok.. Tapi tak kan la kedai makan tu nak bagi orang sedap tengok je kan.. Rasa pun kena la sedap..

The End.. Terima kasih kerana membaca.. Kepada owner kedai makan ni, kalau nak ajak kami pergi try, boleh PM atau komen k.. Kami bantu promosi.. Haha..

6 comments:

  1. bunyi lebih kurang ja tapi maksud dia berbeza ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Sekali salah tengok, terus bermaksud lain..

      Delete
  2. Sedap Nenggok kan... Sedap sangat rasanya...

    ReplyDelete
  3. Asslamu'alikum. Abang, after tengok blog ni.. bagusnya. content juga bagus. :D abang salam persaudaraan dari Indon ya. bila ade masa boleh lah kami jumpa abang. Hehehe

    Wassalam :D

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.