Monday 6 April 2015

Kenapa Zara menangis semalam?


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dapat cuti ganti sehari jadi memang dalam plan nak bawa Zara balik kampung kat Machang untuk melawat atok nenek dia.. Bangun pagi-pagi macam biasa, breakfast, mandi dan dalam pukul 11 lebih kot baru boleh keluar rumah.. Biasa la kalau dengan anak kan.. Sampai rumah dalam pukul 12.30 gitu.. Borak-borak dengan abah dan kebetulan Ma dan adik tak de sebab ada kat Kedai Dobi adik.. So lepas makan, solat Zohor, terus ke Tanah Merah sebelum bertolak balik Kota Bharu..

Jadinya semalam, orang Kelantan kata Zara berona sikit.. Dalam kereta ok, tidur je.. Tapi dia terjaga masa nak sampai kat office wife.. Memang pagi tadi Zara nak mengikut Mama dia.. So wife Eraz terpaksa la tinggalkan kereta kat rumah sebab dah lewat kan untuk pujuk Zara.. Dan tiba-tiba plan nak pergi Jakel.. 

Macam dalam plan, kami ke Jakel sekejap lepas habis kerja sebab nak cari kain untuk pakai Raya Ma Eraz.. Alhamdulillah jumpa tapi terpaksa tinggalkan wife memilih sorang-sorang sebab Zara tak nak duduk diam kat sini.. Nak masuk lif, naik turun tangga.. So Papa nya la yang melayan.. Kalau ikutkan memang penat tapi terpaksa la melayan anak kan..

Sampai rumah sebelum Maghrib, macam biasa juga, mandi apa semua, ready untuk tidurkan dia.. Tapi tak nak tidur.. Nak main.. So layankan la.. Memang tak tengok ABPBH2014 sepenuhnya sebab tiba-tiba Zara macam merengek.. Dia nak tidur, tapi tak kena cara.. Tak pernah lagi macamtu sebab Zara jenis yang tak de masalah tu.. Kalau nak tidur, tak perlu ulit, dukung ke, cuma letak atas riba atau tilam, terus dia tidur..

Tapi semalam memang berlainan.. Ke hulur ke hilir kami buat untuk bagi dia selesa.. Sampaikan la dalam 11 lebih kot dia tertidur depan tv.. Tapi macam mengingau sikit.. Tepuk tepuk sikit kat paha, dia tidur balik.. Lepas je dia lena, baru la bawa masuk dalam bilik.. Alhamdulillah, dia tidur sampai pagi..

Musykil sikit perangai dia semalam dan risau akan berlaku perkara yang sama masa di nursery.. Bangun pagi tadi pun macam dia malas gitu nak ke nursery.. Ajak dia mandi, macam dia lengahkan masa.. Tapi tak nangis macam semalam.. Eraz hantar dia ke nursery pagi ni.. Untuk elakkan dia menangis kat nursery, elak tak letakkan dia dalam car seat tapi bagi dia duduk atas riba.. Sampai la ke nursery.. Nasib baik tak nangis..

Sebab risau, wife pergi jenguk sekejap tengahari tadi.. Pengasuh kata Zara ok, tak nangis.. Makan, main air.. Kira ok la.. Tapi sebab risau, wife pergi la jenguk jugak.. Masa pergi, Zara tidur, lepas tu dia sedar kehadiran mama dia.. Terus sambung tidur atas riba.. Tapi nasib tak baik, Zara menangis masa wife nak balik office.. Alahai..

Dalam kepala duk fikir pasal dia.. So nampaknya hari ni kena balik tepat pada masa.. Plan nak bawa dia jalan-jalan kat kawasan depan rumah.. Atau pun layan dia main air ataupun bola.. Gitu je la nak bagi dia lupakan apa yang berlaku hari ni.. Panjang lebar menulis petang ni.. Entri kosong ke, ada isi, terpulang pada pembaca.. Hehe..

2 comments:

  1. dia dah mula pandai dah tu untuk mama dengan papa khaskan masa untuk diri dia... dah nak beradik kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin la kot.. tapi first time dia cmtu sekarang.. kalau suruh dia cium adik, pandai cium perut mama dia..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.