Sunday 5 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015

Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015
Fenomena Gerhana Bulan 04 April 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Antara fenomena yang Eraz nak tengok dengan mata kepala sendiri ialah Fenomena Gerhana Bulan.. Dan semalam ianya berlaku di Malaysia tetapi kalau Sabah, mungkin lagi jelas boleh tengok.. Yang pastinya, pertama kali dalam hidup, semalam Eraz sempat tengok versi di Kelantan.. Memang dalam kepala ada ingat akan berlakunya Gerhana Bulan malam ni 04 April 2015.. Tapi tak pasti samada di Kelantan boleh tengok atau tidak.. Dan alhamdulillah, semasa on the way balik rumah, terperasan sesuatu..

Apa yang sesuatu tu? Semasa tengok di langit, perasan macam ada belon udara berwarna putih.. Ingatkan ada la yang menggunakannya untuk event-event tertentu kan.. Tapi bila drive lagi dan lagi, belon udara tu macam bergerak.. Confirmkan dengan isteri dalam masa yang sama dah cerita tentang Gerhana Bulan ni.. Sekali memang betul, itu adalah bulan dan Gerhana Bulan sedang berlaku.. Errrmmmm.. Depan mata..

Memang sangat jelas kelihatan untuk versi di mata orang yang tinggal di Kelantan.. Bulan itu seolahnya dipaparkan dalam image 3D.. Nampak macam bola.. Suram tak bercahaya macam biasa.. Tapi masa Eraz tengok tu, sudah ada sedikit cahaya di sebelah kiri.. Eraz follow sahaja bulan tu sambil drive dan bila sampai di rumah, kononnya cuba la snap guna camera handphone.. Al-maklum la nak buat rekod.. Tapi tak nampak melalui gambar tu.. Hanya dengan mata sendiri je boleh tengok.. Kalau ada camera yang canggih, sure boleh snap..


Gambar di atas boleh jelaskan bagaiman Gerhana Bulan ini boleh terjadi.. Selepas malam ini, mengikut apa yang Eraz baca, rakyat Malaysia boleh tengok sekali lagi Gerhana Bulan ini pada 31 Januari 2018.. Insyaallah kalau ada peluang ya.. Apa-apa pun, kuasa Allah sangat sangatlah besar.. Memang tak dapat nak berikan penjelasan dengan kata-kata.. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi ruang kepada Eraz sekeluarga yang hidup menghirup udara yang dicipta oleh Allah.. Sama-sama kita doakan semoga kehidupan kita semua baik-baik belaka...

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.