Tuesday 7 April 2015

Tertarik dengan Cheetah


Assalamualaikum w.b.t.. Cermin Mata ke Kaca Mata? Memang benda sama cuma ada sesetengah orang guna cermin mata, ada yang guna kaca mata.. So untuk entri ni, Eraz cuba gunakan kaca mata.. Bunyi macam 'kerlasss' lagi.. Haha.. By the way, sebenarnya memang dalam plan, Eraz memang nak beli satu kaca mata hitam.. Sebabnya Eraz memang jenis yang silau.. Kaca mata yang biasa putih sebelum ni memang lebihkan pada silau..

Jujurnya memang tak suka pakai kaca mata hitam.. Entah la, rasa macam tak sesuai je.. Tapi bila terpaksa, kena la beli.. So seperti biasa, bawa wife sebagai perunding imej dan try sebanyak mana yang boleh.. Kira nak pilih mana-mana yang sesuai la.. Akhirnya berkenanlah dengan kaca mata hitam berjenama Cheetah.. Kenapa? Jawapan paling tepat pada Eraz, kena dengan bentuk muka..

Dari luar memang nampak macam cermin tu macam biru.. Tapi as usual, dari mata pemakai, warna hitam la.. Yang paling penting juga, adanya perlindungan dari cahaya matahari yang bahaya.. Sebab tu tak rugi beli yang berjenama atau mungkin mahal sikit sebab demi keselamatan mata.. Nak bergaya, beli yang murah pun ok kan tapi keselamatan mata dan masa depan? Kena fikir tu..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.