Sunday 5 April 2015

Isteri Separuh Masa Episode 4

Isteri Separuh Masa Episode 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Isteri Separuh Masa muncul selepas hangatnya drama Projek Memikat Suami sebelum ini ditayangkan di slot yang sama.. Pada hari Isnin, 06 April ini, drama Isteri Separuh Masa akan masuk ke Episod 4 dah.. Kalau ditengokkan jalan cerita, memang kita dapat rasakan memang jalan cerita macam sama.. Ala-ala kahwin paksa then akhirnya falling in love each other.. Kan.. Mungkin juga macam drama Projek Memikat Suami dulu..

Tapi menurut pelakon dan pengarahnya, kelainan sikit mungkin berbeza ialah kalau dulu, si isteri yang cuma memikat suami tapi kali ni si suami pula yang berusaha cuma memikat isteri.. Ok la, bolah la terima.. Kalau peminat Emma Maembong atau Aiman Redza Hakim mesti punya tak ketinggalan tengok dari awal sampai la ke akhir.. Tapi Eraz nak cerita kenapa Eraz rasa nak tengok drama ni.. Hehe..

USM.. Yes.. Antara tempat yang dipilih untuk membuat pengambaran ialah USM Penang.. Itulah jawapan yang terkeluar dari mulut Eraz bila isteri yang tak suka sangat drama Isteri Separuh Masa ni tanya, kenapa nak tengok.. So jawapan Eraz ialah USM.. Banyak juga scene kat sana.. Dalam masa menonton, sambil-sambil mengimbas kenangan la konon.. Haha.. Kebanyakn tempat yang dipilih, memang tempat biasa Eraz dan kawan-kawan lepak.. So itu la penyebab utamanya.. Haha..

Apa-apa pun, esok sudah masuk ke Isteri Separuh Masa Episod 4.. Yang mana sekarang Medina Izwani sedang belajar di USM dan dalam masa yang sama, suaminya Nazrin Shah menjadi lecturer di USM juga.. Mereka tidak tinggal bersama kerana Medina tinggal di hostel.. Tetapi sekarang terpaksa berpindah ke rumah suaminya sebab keluarga Nazrin ingin pergi ke sana.. Apa yang akan berlaku semasa keluarga Nazrin berada kat situ, kena la tengok esok.. Apa-apa pun, selamat menonton drama Isteri Separuh Masa Episod 4..

Isteri Separuh Masa Episode 4

Isteri Separuh Masa Episode 4

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.