Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 5 April 2015

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban - Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang ada terima beberapa message yang sama tentang berita helikopter yang terhempas di Semenyih dan disenaraikan beberapa nama besar melalui Whatsapp.. Mula-mula tu ingatkan berita main-main la.. Biasa la media sosial kan.. Kadang-kadang tu ada yang mereka-reka cerita.. Tapi sebenarnya betul.. Terkejut juga.. Terus cari berita-berita sahih..

Antara mereka yang terlibat dan terkorban ialah Pengerusi PRIMA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, Ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, Juruterbang, Kapten Clifford William Fournier dan Pembantu Operasi Pesawat, Aidana Baizieva.. Mengikut berita yang Eraz baca, semua mangsa nahas telah dikenalpasti dan dijumpai..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan salam takziah kepada keluarga mangsa.. Sejak dua menjak ni, kita di Malaysia rasanya banyak menerima ujian Allah yang melibatkan pengangkutan udara.. Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar tiada lagi berita seperti ini kedengaran dan semua perjalanan kita ke tempat destinasi serta pulang ke tempat asal selamat..

Nahas Helikopter | Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Lima Lagi Terkorban
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (dua dari kanan) dan Datuk Azlin Alias (dua dari kiri)

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.