Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 8 April 2015

Baskin Robbins @ KB Mall


Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Tutt Frutti yang mula di buka di Kota Bharu, Kelantan.. Dan sekarang ni mula, di KB Mall dah mula ada Baskin Robbins.. Dah lama perasan dibuka, tapi memang tak sempat nak singgah sebab ada je hal lain yang perlu disettlekan.. Pernah lepak rehat-rehat belasah Baskin Robbins ni masa pergi ke KL.. Tapi semalam .. 

Tapi semalam, lepas wife ada cakap nak makan ice cream Baskin Robbins, boleh cakap kategori mengidam la kan.. So lepas buat check up di Klinik O & G HUSM, terus bawa wife dan Zara ke KB Mall untuk tunaikan hasrat.. Memang pergi KB Mall semata-mata tu je.. Sampai sana terus ke Baskin Robbins dan selesai je, start enjin kereta, terus balik.. Tak de plan nak jalan-jalan atau shopping.. Kenapa? Sila baca perenggan seterusnya.. Hehe..


Satu, memang tak de dalam plan.. Cuma teringat ada orang mengidam dan niat nak bawak anak isteri makan ice cream.. Ingat kalau pergi pun, hanya Eraz dan Zara je..Tapi.. Boleh baca alasan kedua pula.. Dua, doktor bagi wife MC sebab atas nasihat doktor, wife perlu rehat lepas check up tadi sebab ada ambil sampel untuk satu ujian khas sebelum bersalin.. Doktor bagi MC, pasti ada reason kan.. Jadi perlu la berehat kan.. Sebab tu la tak de jalan-jalan or shopping.. Sebelum pergi buat check up tu pun, tak tahu pula akan dapat MC kan.. So memang sebelum petang tu, kasi wife rehat je la..

Rasanya dah banyak tunaikan apa yang wife mengidam masa pregnant kali ni.. Rasanya ada list lain lagi ke? Dah complete kot.. Alhamdulillah.. Wife mengidam tak de la benda-benda pelik kan.. Setakat ni, benda-benda yang boleh ditunaikan cuma perlu curik masa je.. Apa-apa pun, nak minta dari kawan-kawan juga, doakan semoga wife Eraz akan selamat melahirkan anak kedua kami nanti.. Amin..

#Boy or Girl?

4 comments:

  1. Baskin Robbins..Mak aikkk..sdp ne °_°
    btw,semoga wife Eraz dkm keadaan sihat dan selamat melahirkan 2nd bby..amin ..

    ReplyDelete
  2. wah sdapnya basket robbins..:)

    ReplyDelete
  3. lamonyaaa tinggal kb mall heheheheh kelik nanti nok gi jale la

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. tak pernah makan lagi ni :D

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.