Friday 10 April 2015

Diari Pelajar MBA : Semester 5


Assalamualaikum w.b.t.. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya Ahad ni dah start untuk Peperiksaan Akhir Semester JANUARI 2015.. Semester ni memang rasa macam tak bersedia sangat.. Tak sama macam dengan semester-semester sebelum ni.. Mungkin ada kerja yang banyak dan urusan keluarga a.k.a personal yang bertambah, fokus untuk pengajian tergendala sedikit.. Tapi apa-apa pun, tak give-up di tengah jalan la.. Itu negative..

Itu hal peperiksaan akhir, ianya sama dengan tugasan.. Memang sangat sangat sangat last minute.. Ini salah satu cabaran kalau kita sambung belajar masa bekerja.. Memang kena bahagikan masa betul-betul.. Tapi kalau kita tak sahut cabaran, sampai bila nak gengam apa yang kita nak.. Kecuali memang tak de dalam target.. Tapi bagi mana-mana individu yang rasa tak perlu lagi sambung belajar, itu negatif.. Kalau ada peluang, kewangan yang ok, tak salah untuk mendapatkan ilmu..

Sekarang memang kita fikir, benda tu tak penting.. Tapi lepas-lepas ni, kita tak pasti kan.. Mana tahu lepas ni orang berlumba-lumba nak dapat apa yang kita lalui sekarang.. Kita masa tu dah lega.. Kan.. Apa-apa pun, itu hak masing-masing.. Macam Eraz, memang dah target kalau boleh, sebelum mencecah umur 30, nak ada masters.. Tapi tersasar juga la.. Sekarang dah umur 32.. Hehe..

By the way, entri ni hanya untuk diri sendiri.. Beri semangat untuk final exam.. Dah mungkin boleh memberi semangat orang lain jugak kan.. 

4 comments:

  1. all the best eraz!!! Farah sentiasa support Eraz dari belakang... Alhamdulillah dah semakin hampir dah Eraz dengan masters tu... Farah jer tercicir ke belakang lagi... In Shaa Allah tunggu Ash besar sikit lagi... ^_^

    ReplyDelete
  2. All the best abang eraz , saya baru je selesai semester 4. :D

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.