Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, 7 April 2015

Belalang Goreng


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa kat sini pernah makan belalang goreng? Kalau sekarang ni, masih ada lagi ke menu Belalang Goreng.. Kat Kelantan ni memang tak jumpa dah kot.. Kalau kat kampung-kampung, saya tak pasti.. Tapi memang masih ingat lagi keranggupan dan kesedapan Belalang Goreng.. Pernah cuba untuk pergi menangkap sendiri dengan kawan-kawan atau abang, tapi sampai ke besar ni, tak pergi-pergi lagi..

Cuma masa makan dulu, Abah atau Ma la yang dapatkan belalang.. Then Ma gorengkan.. Fikir dua tiga kali, macam pelik je makan belalang kan.. Tapi boleh je.. Semua ni cerita zaman dulu-dulu.. Akhir 80-an atau awal 90-an.. Lepas pada tu, seakan-akan tidak wujud dah menu ni.. Mungkin sebabnya sekarang ni, nak mencari belalang tu susah.. Kat kampung, senang la sikit kot..

Kalau kat kampung dulu-dulu, memang menu pelik-pelik.. Aktiviti pun macam-macam.. Yang tak berani pun jadi.. Mandi sungai, tak payah cakap la.. Sampai ada satu kali tu, nyaris lemas.. Nasib baik kawan jiran tu ada.. Dia sempat tarik kan.. Kalau tak, memang tak tahu la.. Ada sekali tu main sorok-sorok.. Sampaikan kepala benjol situ sini sebab kena 3 gigitan tebuan tanah.. Takut nak pergi klinik, tapi bila diugut kakak dengan perkataan mati, terus ikut ma abah pergi klinik.. Hehe.. Itu la antara pengalaman zaman kecik-kecik..

Wife pernah cakap, kalau anak terlebih aktif, sebenarnya ikut perangai Eraz.. Ya ke.. Hehe.. Pernah sekali jatuh dari tingkap sebab main layang-layang kertas..  Tinggi juga kot.. Tapi nasib baik jatuh macam seolah-olah duduk dan tanah kat situ, lembut.. Terus Abah dan abang angkat.. Syukur nyawa masih panjang..

3 comments:

  1. budak dulu2 makan benda ni
    budak2 now makn spagethi je ..uhuhu

    ReplyDelete
  2. macam mana rasa pun dah lupa. dulu zaman kanak2 makanlah belalang goreng. masa musim tuai padi... bestnya.... kutip kemudian cuci gaul ngan kunyit & garam

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.