Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 4 April 2015

Penyebaran Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall | Hentikan!!

Penyebaran Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang kecoh di media sosial tentang berita dan gambar seorang budak perempuan yang maut selepas jatuh eskalator di Kenangan Wholesale City Mall.. Gambar yang diambil di tempat kejadian disebarkan dan menjadi viral di seluruh Malaysia.. Melalui penyebaran tu sahaja dah sepatutnya tidak berlaku.. Tapi di alam serba canggih ni, cepat sangat orang sebarkan tentang gambar berkenaan..

Terbaru hari ini, penyebaran berleluasa tentang Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall.. Rasanya sebagai orang yang bertanggungjawab, rakaman CCTV berkenaan tidak perlu didedahkan kepada semua.. Siapa yang mulakan penyebaran berkenaan tidak fikir ke apa kesan disebalik? Apa yang dirasai oleh keluarga mangsa.. Dan anda sendiri yang menyebarkan tu, tak terfikir ke apa yang anda akan dapat?? Sila renungkan..

Video CCTV Budak Maut Jatuh Eskalator Kenanga Wholesale City Mall
Sumber : Google

Sama-samalah kita hentikan penyebaran video yang tak mendatangkan hasil pada kita dan orang lain tu.. Kalau kita yang tak berkenaan ni tak sebarkan, semuanya tak akan menjadi viral.. Bila dan tersebar, video berkenaan akan kekal di dalam alam maya sampai bila-bila.. Apa perasaan contohnya ibu kepada budak berkenaan.. Dah la trauma sekarang dengan apa yang berlaku.. Lepas tu di alam maya masih ada video berkenaan sampai bila-bila..

2 comments:

  1. setuju... 100%... tak payah la sebarkan. sedekahkan al-fatihah lepas tu tak payah sebarkan. simpati la pada keluarga mangsa tu.

    ReplyDelete
  2. Betui..dah jadi mcam suka2 pulak..memasing pakat dok share video ni..dlm fb dlm whatsapp kisah video ni ja..sebaiknya pakat sedekahkan Al fatihah kat arwah lagi baik..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.