Saturday 4 April 2015

Festival Mood Republik Tour Kelantan

Festival Mood Republik Tour Kelantan

Festival Mood Republik Tour Kelantan | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni berlangsungnya Festival Mood Republik Tour Kelantan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.. Istimewanya festival ini berlangsung sehari tetapi bermula pukul 9.00 pagi sehinggalah 12.00 tengahmalam.. Ada berita melaporkan festival ini ibarat tsunami festival fesyen di Kelantan.. Jadi pastinya akan ramai yang akan hadir.. Salah satu kumpulan yang akan hadir ialah ahli keluarga family mertua Eraz.. Hehe.. Katanya mereka akan keluar ke festival ini lepas Solat Asar..

Di sebabkan wife Eraz pun akan turut serta dan Eraz juga akan ke sana untuk jemput mereka, jadi Eraz surveu keadaan terkini Festival Mood Republik Tour Kelantan yang sedang berlangsung di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu tu.. Kat mana nak terjah.. Semestinya di instagram @moodrepublik.. Hasilnya memang mengejutkan.. Penuh manusia.. Samada gambar berkenaan itu hanya untuk sementara ramainya orang atau betul-betul.. Wallahualam..

Antara pengedar-pengedar tudung yang ada ialah Aidijuma, Radiusite, Cala Qisya, Sugarscarf, Jubahsouq, Zawara, Dreemika, Blossom Box Store, Minaz, Rina Salleh Clothing, Imaan Boutique, Liyana Jasmay, LeunieyNatasha dan Allya Mysara.. Banyak nama-nama besar kot.. So mesti kaum hawa akan teruja punya.. Beli atau tidak, lain kira.. Janji pergi.. Betul tak.. So ini hasil carian Eraz tadi..




Insyaallah, kalau ada peluang masuk ke dalam sana, Eraz cuba update #LiveUpdate di instagram.. Memang wajib pergi sebab nak jemput wife dan Zara.. Tapi masuk dalam lama ke sekejap, bergantung kepada keadaan.. Nak parking kat mana pun tengah fikir.. Pasti jem.. Tengah fikir.. Errrrmmmm...


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.