Thursday 9 April 2015

Kasut Berbunyi untuk Anak


Assalamualaikum w.b.t.. Kasut berbunyi.. Pernah dengar kan macamana bunyi kasut baby.. Kalau korang, suka beli yang berbunyi atau tidak? Yang berbunyi, banyak kelebihan jugak kan.. Salah satunya boleh detect anak ke mana tapi make sure tak lepas dari pandangan mata la kan.. Zara pun memang ada kasut berbunyi.. Pada awal-awal dia boleh 'kaki' dulu, memang boleh katakan kasut nak jalan-jalan semua berbunyi.. Biasa la kasut untuk baby kan.. Tapi.. Ada tapi juga..

Kalau beli jenis yang kuat sangat bunyinya, dia dah jadi mengganggu.. Betul tak? Sebelum ni, Zara punya memang biasa-biasa je bunyi.. Tapi lastest punya, seriau kuat.. Tambah-tambah kalau anak kita jalan kat cafe ke, kedai yang senyap ke dan sewaktu dengannya la.. Bila dah bunyi tu menguasai tempat, mesti ada orang yang tak selesa kan.. Jadi sejak umur dia nak masuk 2 tahun ni, memang kami dah tak beli kasut yang berbunyi ni.. Sama macam kasut yang terbaru ni, tak de bunyi dah..

Kasut baru ni memang suci bersih lagi.. So memang Zara duk main-main pakai dalam rumah.. Kasut yang lama masih ok lagi.. Size kaki pun tak berubah sangat lagi.. Barangan kanak-kanak ni memang sangat cantik.. Dalam cantik tu, harga pun boleh tahan cantiknya.. Tapi demi anak, setakat termampu, masih lagi cuba untuk penuhi kehendak.. Apa-apa pun, yang paling penting ialah besarkan dia dengan baik..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.