Thursday 11 October 2012

No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal

No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal


No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal? Wow.. Panjang giler tajuk filem.. Filem ini berkisarkan tentang Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sepanjang perjalanannya ke angkasa lepas.. Filem itu bakal menggabungkan elemen imej janaan komputer (CGI) dan 3D bersama visual asal yang dirakamkan sendiri oleh Sheikh Muszaphar semasa berada di angkasa lepas.. Jangkaan ditayangkan ialah Mac tahun hadapan..

Sebagai sinopsis, No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal adalah sebuah kisah benar yang dirakamkan Sheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency yang mengorbit di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari 10 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007..

Sumber : mStar

Entri Menarik Lain :

3 comments:

  1. memang panjang pun tajuk tu. tapi bila ada tajuk di pintu ajal. seram sejuk pulak rasanya.

    ReplyDelete
  2. tajuk pun dh pjg giler tu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.