Saturday 27 October 2012

Hari Ke-2 Hari Raya AidilAdha


Assalamualaikum.. Gambar kat atas tu hasil korban lembu semalam.. Settle sekali dengan kepala tu.. Sudah bagi dekat pak saudara sebab dia request.. Hari ni masih beraya di kampung Machang.. Alhamdulillah cuaca cerah giler sejak 2 hari sebelum raya.. Sebabnya sebelum ni bukan main lagi hujan.. Allah bagi kesenangan kepada umatnya untuk jalankan ibadat korban dengan lancar..

Raya korban pada hari Jumaat memang mencabar.. Pagi-pagi pegi solat sunat raya then terus ke upacara korban.. Terpaksa rushing selesaikan daging-daging tu sebab nak pergi solat Jumaat lak.. Zohor sekarang masuk awal.. Tapi alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Hari ni masa untuk keluarga di Machang sepenuhnya.. Esok dengan keluarga sebelah sana lak.. Isnin kerjaaaaaaaaa... So! Peace no war dan Selamat Hari AidilAdha..

Published with Blogger-droid v2.0.9

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.