Wednesday 31 October 2012

Rasa Tak Best? Jom Baca Entri ni..

Mari Membentuk Senyuman

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Ada siapa-siapa stress pagi-pagi hari ni? Tarik nafas, hembus.. Tarik nafas, hembus.. Alhamdulillah.. Masih berpeluang menghirup udara kurnia Allah lagi hari ni.. Seperti E'raz sendiri, E'raz membawa hari yang baru hari ni dengan penuh semangat dan harapan.. Semoga ianya akan berkekalan selama-lamanya.. Segala dugaan dan cabaran Allah itu adalah untuk mematangkan kan kita untuk hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini.. InsyaAllah..

Masih bersedih? Orait.. Jom sama-sama baca entri ni supaya senyuman mungkin akan terukir di bibir masing-masing..


LANGKAH-LANGKAH

1- Katakan mereka nampak bagus dan baik.. Setiap orang menyukai pujian, tambahan pula mereka amat suka apabila penampilan mereka dipuji. Ianya betul-betul mudah dilakukan!

2- Katakan kepada keluarga anda, betapa anda mencintai mereka. Ini boleh menjadikan semua orang gembira dan menjadikan keluarga anda bersatu padu..

3- Libatkan diri dengan masyarakat.. Jadilah sukarelawan, ianya perbuatan yang menakjubkan, seiring dengan kesan positif yang banyak sekali. Bukan hanya mampu membuatkan diri anda gembira, tetapi, ianya juga dapat membuat orang disekeliling anda juga gembira.. Yang amat penting, anda akan merasa lebih berkeyakinan dengan diri sendiri..

4- Berikan hadiah.. Tidak perlulah bersusah-susah mencari hadiah yang mahal-mahal, ianya hanya perlu mempunyai nilai moral!

5- Sebarkan salam dan senyuman.. Selain ianya adalah sunnah, ia membawa kepada ikatan silaturahim yang kuat dan kukuh..

Daripada Abdullah bin Al-Haris, beliau berkata : Aku tidak pernah melihat orang yang paling banyak tersenyum selain Rasulullah SAW..

[Sunan At-Turmizi, Bab Manaqib Rasul] - SUMBER

3 comments:

  1. stress study..
    tp demi ilmu, sanggup kuturuti..
    haha..

    ReplyDelete
  2. betoi2....sedekah yg plg mudah adalah SeNyuman:)

    ReplyDelete
  3. tq share this !

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.